Selepas Diana Danielle, Kini Ziana Zain Bergelar Datin! Tahniah!

Selepas Diana Danielle, Kini Ziana Zain Bergelar Datin! Tahniah!

 

Sebelum kita sudah mengetahui beberapa orang selebriti sudah bergelar Datin selepas suami mereka dikurniakan darjah dan pingat dari Istana. Datin Diana Danielle sendiri tidak menjangka dia akan menyandang gelaran itu dalam usia semuda ini.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba penyanyi dan pelakon popular dikhabarban ada gelaran Datin. Tapi sebenarnya bukan dalam dunia realiti. Ziana Zain yang pernah masyhur menerusi filem Sembilu bakal muncul dalam telefilem Datin Glam arahan Rashid Sibir yang akan disiarkan bulan depan.

Auto Draft

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, Ziana berkongsi bersetuju kerana watak yang diberi sangat berbeza.

“Saya tidak pernah bawa watak seorang datin. Oleh kerana karakter Datin Ramona sesuatu yang baharu buat saya, jadi saya cuba.”

Ziana turut memberitahu wataknya dalam telefilem agak mencabar.

“Watak Datin Ramona ada turun naik moodnya. Untuk menjadi datin faham-faham sajalah saya ini orang biasa bukannya datin. Selalunya saya bawa watak garang atau kelakar dan apabila bawa watak datin agak mencabar sebab kena jadi orang baik-baik saja.”

Belum rezeki lagi Ziana untuk menyandang gelaran Datin betul betul, mungkin suatu hari nanti kita tal tahu. Ziana menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin, merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System, MAS. Kini katanya, dia sibuk menjalankan perniagaan tudung. Hangat Malaysia mendoakan Ziana terus berjaya dalam dunia perniagaan mahupun lakonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *