Awas! Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser!

Awas! Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser!

Bukan niat untuk menakutkan, namun itulah kenyataan. Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung.Kanser yang terletak di kawasan sempit dan tersembunyi antara hidung dan tekak ini, amat sukar dikesan awal kerana kebanyakan simptom bagi penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit biasa.

Antaranya hidung tersumbat yang mungkin dianggap hanya resdung, sakit kepala yang biasanya dikaitkan dengan tekanan atau tidak cukup rehat, dan hilang pendengaran yang mungkin ditafsirkan akibat trauma atau jangkitan kuman pada telinga.

“Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara,” kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menggariskan dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk.

SUKAR DIKESAN AWAL

Setakat ini masih tiada ujian atau ‘screening test’ khusus untuk mengesan penyakit ini, tidak seperti kanser lain iaitu kanser payu dara, kanser serviks atau kanser usus.

Doktor biasanya mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.

Cara lain ialah dengan ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa dialami pesakit kanser, namun menurut Dr Dalilah tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.

“Jika dapat dikesan awal maka peluang untuk pulih lebih tinggi, namun kebanyakan pesakit hanya diagnos dengan kanser ini pada peringkat dua atau tiga,” dedah Dr Dalilah.

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada jumlah kes kanser.

Pada tahun 2012, sebanyak 1,487 kes dikesan dengan bilangan kes tertinggi dalam kalangan kaum Cina dan Bidayuh.

AWAS MAKANAN MASIN DAN BERAWET

Menurut Dr Dalilah gaya pemakanan dalam kalangan dua kaum itu, yang cenderung kepada makanan masin dan berawet, dikesan antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarinks.

Beliau turut berkongsi hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian tersebut telah mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

“Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk, dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser ini,” pesannya.

Faktor genetik juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit kanser melibatkan perubahan DNA sel.

Faktor risiko lain termasuklah pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan pendedahan berlebihan kepada habuk atau bahan kimia seperti formaldehid.

RAWATAN

Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi, terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu.

Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang, kadangkala sehingga 10 jam, berikutan kedudukan kanser itu di lokasi yang sempit dan tersembunyi, jelas Dr Dalilah.

“Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung kepada tiub untuk beberapa minggu.

“Oleh sebab itu saya berpendapat orang ramai perlu diberi lebih kesedaran tentang kanser ini supaya dapat dikesan awal, sekaligus mengurangkan keperluan untuk pembedahan,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2016/08/12/petanda-kanser/#Iotwp05cyihGxc05.99

 

.

Tak Sampai 5 Minit, Stroke dan Darah Tinggi Hilang dengan Ramuan Bawang Merah Ini

Terkejut doktor bila dia tgk hasil sendiri, mcm mana bawang merah dibuat ramuan utk sembuhkan darah tinggi dan stroke…tak ada la susah mana, cuma cara membuat ramuan ini yg diselindungkan…baca sampai habis kemudian kongsikan dgn saudara mara yg ada penyakit ini..dgn izin Allah, kita ikhtiar apa termampu..SILAKAN SHARE !

Sebagian orang Indonesia kerapkali buang bebrapa sisi yang paling berguna dari buah dan sayuran dalam kehidupan sehari-harinya, satu di antara sisi yang kerapkali dibuang yakni kulit walau sebenarnya segi ini memiliki banyak nutrisi untuk badan.

Ahli gizi mereferensikan kita supaya tak buang sebagian kulit sayuran dan buah, terutama kulit bawang, kulit jeruk dan kulit melon karena kaya nutrisi yang dapat tingkatkan kesehatan manusia.

Sebagian manfaat kulit bawang merah mungkin saja belum pernah kita kenali, tetapi beberapa ahli gizi menyampaikan kulit bawang merah sebagai makanan super! ” Yuuk kita mencari info apa saja manfaatnya dan alasannya mengapa!

Manfaat Kulit Bawang Merah Yang Tak sering Di kenali Perlu dipahami jika kulit bawang merah itu selalu dibuang baik di pasar atau dapur,

pikirkan berapakah ton dalam sehari-harinya makanan bergizi ini dibuang demikian saja! Itu faedah kulit bawang merah untuk kesehatan :

Pertama, kulit bawang merah mengandung quercetin, quercetin yakni satu p! gm3n tanaman yang bisa menolong Anda kurangi tekanan dar4h dan menghindar penyumb4tan p3mbul ” uh dar4h hingga lepas dari penyakit gawat seperti desakan dar4h tinggi atau stroke.

Kedua, zat antidioksidan dan quercetin yang ada pada kulit bawang merah disadari memiliki dampak anti-inflamasi (anti radang) yang membantu pengobatan penyakit dengan gejala perad4ngan.

Ketiga, kulit bawang merah memiliki kandungan serat yang tinggi hingga dapat buat lancar sistem pencernaan, dan kulit ini dapat meng4ndung senyawa fenolik yang di kenali dapat mencegah penyakit koroner.

Keempat, manfaat kulit bawang lantas yaitu dapat menolong menyembuhkan kaki kram,

langkahnya dengan merebus kulit bawang di air kurun saat 10 s/d 20 menit lantas angkat kulit dari air. Minumlah ramuan ini seperti seperti minum teh lebih dahulu tidur, jadi dalam waktu 1 minggu bakal merasa khasiatnya dalam menyembuhkan kaki kram.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *