Awas!! Inilah Sebab Meminum Air Ketum Menjadi Haram Seperti Meminum Arak

Awas!! Inilah Sebab Meminum Air Ketum Menjadi Haram Seperti Meminum Arak

Hukum orang meminum air ketum ,memproses serta menjualnya air ketum

Pokok ketum atau pokok biak atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.

Batang pokok ketum berkayu keras dan bercabang. Ketinggian pokok ketum boleh mencapai sehingga 25 meter dan garis pusat batang pokok boleh mencapai sehingga 1 meter. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.Di perlis di panggil daun biak, Banyak orang kampung ambil dan rebus minum air, Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

Apakah hukum orang yang meminum air ketum tanpa dicampur bahan lain hanya air rebusan daun semata-mata., memproses serta menjualnya dan hukum duit hasil jualan air ketum?

Hukum air ketum disalahgunakan sehingga mendatangkan mudarat dan memabukkan adalah haram. Hukumnya sama dengan minuman keras. Perkara ini sudah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 3 Oktober 2005 mengatakan penyalahgunaan air ketum adalah haram.

Fatwa berkenaan menerangkan: “Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi disalahgunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.” (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-pengharaman-air-daun-ketum).Begitu juga hukumnya haram memproses dan menjual air ketum yang disalahgunakan. Begitu juga dengan pendapatan daripada jualan itu adalah haram.

Namun begitu ada juga pertanyaan apakah hukum menanam daun ketum bagi tujuan komersial dan perubatan? Inilah adalah jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Soalan:

Apakah hukumnya menanam daun ketum bagi tujuan komersial seperti perubatan dan juga farmaseutikal?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mengenai soalan di atas, kami mulakan perbincangan ini dengan memberikan sedikit pengenalan mengenai daun ketum agar dengan sedikit maklumat yang disertakan di sini dapat memberikan gambaran awal mengenai isu yang bakal dibincangkan.

Daun Ketum

Ketum/Kratom atau nama saintifiknya mitragyna speciosa merupakan tumbuhan tropika yang banyak dijumpai di kawasan asia tenggara khususnya di Thailand dan juga Malaysia. Ianya digunakan secara tradisional dengan mengunyahnya ataupun dengan meminum air rebusannya dan ianya terbukti sebagai minuman pemulih tenaga, mengeluarkan angin dalam badan dan juga merawat sakit belakang.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.[1]

Penguatkuasaan Undang-Undang Terhadap Ketum/Kratom

Malaysia: Penggunaan daun ketum adalah diharamkan. Ini sepertimana yang termaktub di dalam seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan pengguna daun ketum boleh dikenakan panalti kompaun maksimum sebanyak RM 10 ribu dan penjara tidak melebihi 4 tahun.

Thailand: Pemilikan daun ketum di Thailand juga adalah diharamkan. Kerajaan Thailand telah meluluskan Kratom Act 2486 berkuatkuasa 3 Ogos 1943 yang mana menjadikan penanaman pokok ketum adalah haram dan pokok sedia ada perlulah di tebang. Namun, penguatkuasaannya tidaklah begitu efektif kerana penggunaan daun ketum mendapat sokongan daripada masyarakat Thailand lebih-lebih telah digunakan secara turun temurun bagi tujuan perubatan. Disebabkan oleh itu, terdapat gerakan untuk menjadikan ketum sebagai sesuatu yang ‘halal’ dan tidak disenaraikan di dalam jenis dadah narkotik yang merujuk kepada kategori 5, Undang-Undang Dadah Narkotik 1979 Thailand.

Amerika Syarikat (AS): S Drug Enforcement Administration telah mengeluarkan kenyataan bahawa ketum/kratom tidak berada di bawah kawalan Federal Controlled Substances Act namun terdapat sebahagian negeri di Amerika yang mengharamkan pemilikan dan penggunaan ketum. Sebagai contoh, di sebuah negeri di AS iaitu Alabama telah mengeluarkan arahan agar segala produk yang mengandungi unsur ketum dikeluarkan dari kedai-kedai.

Hukum Menanam Pokok Ketum/Kratom

Pada asalnya, hukum menanam pokok ketum adalah harus sepertimana pokok-pokok yang lain. Tidak ada nas yang melarangnya bahkan ianya termasuk di dalam perkara-perkara mubahat (yang dibolehkan) untuk kegunaannya. Namun, meskipun hukum asalnya harus tetapi ianya boleh membawa kepada hukum yang haram jika terdapat faktor-faktor luar yang boleh membawa kepada sesuatu yang lebih mudarat.

Misalannya, pohon anggur pada asalnya adalah diharuskan kerana ianya adalah dari jenis-jenis tumbuhan yang manusia boleh memperolehi manfaat darinya. Namun, penanaman anggur bagi tujuan komersial untuk dijadikan sebagai arak adalah diharamkan. Selain dari arak itu sendiri yang diharamkan oleh nas syarak, ianya juga boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar kepada komuniti masyarakat baik dari segi kesihatannya mahupun sosio-ekonominya.

Mafsadah vs Manfaat

Begitu juga dengan pokok ketum. Tidak dinafikan bahawa daun ketum mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan telah terbukti secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit namun, disebalik manfaat yang diperolehi melalui aktiviti pengkomersialannya itu terpalit juga mafsadah(kerosakan) yang bakal berlaku bahkan sehingga kini ianya telahpun berlaku di Malaysia. Ini sepertimana yang telah Allah SWT firmankan:

يَسۡ‍َٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٞ كَبِيرٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَكۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَاۗ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

(Al-Baqarah: 219)

Al-Imam Ibn Jarir al-Tabari di dalam tafsirnya menyebutkan bahawa meskipun terdapat manfaat dari keduanya (iaitu arak dan judi) namun dosa keduanya adalah lebih besar dari manfaatnya. Ini sepertimana yang berlaku kepada orang yang meminum arak dengan merasakan kelazatan yang diteguknya namun akibat dari mabuk menyebabkan seseorang itu boleh memaki-hamun, mencederakan serta membawa kepada pertumpahan darah terhadap orang lain. Begitu juga dengan judi yang penuh dengan keseronokan dan juga menjanjikan kekayaan (yang belum pasti), namun dengan berjudi menjadi asbab seseorang itu menipu dan menzalimi orang lain. Manfaatnya ada namun mafsadah yang timbul daripadanya lebih besar.

Daun ketum menjadi alternatif lain bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan dadah kerana harganya yang murah serta mudah diperolehi. Akibat penyalahgunaan daun ketum, berlakunya ketagihan dan juga mengakibatkan kerosakan kepada empunya badan dan juga masyarakat sekeliling. Sudahlah isu dadah yang melanda negara kita belum dapat dibanteras dengan sebaiknya, kini ditambah pula dengan satu lagi masalah yang lain.

Setiap Yang Membahayakan Adalah Haram Memakan dan Meminumnya

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah di dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam menyebutkan bahawa tedapat kaedah umum yang diakui oleh syariat Islam iaitu: Tidak halal bagi orang Islam memakan daripada apa sahaja makanan daripada apa sahaja makanan atau minuman, biarpun sedikit, yang boleh membinasakan dirinya sama ada dengan cepat mahupun secara perlahan-lahan seperti racun daripada segala macam jenisnya, ataupun benda-benda yang boleh membahayakan atau menyusahkannya. Begitu juga tidak boleh memperbanyakkan daripada makanan dan minuman kerana dengan banyaknya boleh merosakkan dirinya.

Ini kerana orang Islam itu tidak memiliki dirinya sendiri, bahkan dia dimiliki oleh agama dan umatnya, dan ianya tertakluk kepada kehidupan, kesihatan dan harta bendanya. Semua nikmat Allah SWT yang ada dalam tangannya adalah amanah daripada Allah SWT. Justeru, dia tidak boleh sama sekali mensia-siakannya. Firman Allah SWT:

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ

Maksudnya: dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan

(Al-Baqarah: 195)

Sepertimana arak yang boleh memabukkan dan dadah yang boleh mengkhayalkan sehingga menghilangkan pemikiran yang waras, begitulah juga penggunaan daun ketum yang juga boleh memabukkan. Maka di sini, hukum pengharaman arak yang memabukkan terpakai kepada daun ketum dan kaedah qiyas digunapakai terhadap isu ini.

Ini juga sepertimana yang dinaskan oleh Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mustasfa yang mana beliau menyatakan bahawa setiap benda yang memabukkan dari yang diminum dan dimakan daripadanya adalah haram diqiyaskan (hukumnya) ke atas arak. Ini kerana pengharamannya adalah untuk menjaga akal (hifz al-‘aql) yang merupakan tempat pertimbangan dan pengharaman syara’ ke atas arak menunjukkan perhatian yang diberikan kepada maslahah. [Lihat al-Mustasfa, 1/174]

Ianya juga berdasarkan Sabda Nabi SAW:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: “Tiada kemudaran (dalam Syariat Islam) dan tidak harus mengenakan kemudaratan (tanpa hak)”

Riwayat Ahmad (22778) dan Ibn Majah (2340)

Daun ketum meskipun ada faedahnya, namun mafsadahnya lebih besar dan tidak hairanlah kerajaan Malaysia juga telah mengharamkannya melalui Akta Racun 1952, Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik. Ini juga secara tidak langsung kaedah sad al-Zari’ah(menutup jalan-jalan mudarat) telah digunakan bagi membendung permasalahan penyalahgunaan daun ketum.

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan

Kami nukilkan di sini fatwa dari majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah mengenai dadah Syabu dan jenis-jenis dadah baru yang lain yang mana daun ketum juga boleh dimasukkan sekali kerana ‘illahyang sama iaitu memabukkan/mengkhayalkan serta memudaratkan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.

PERBINCANGAN AHLI JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak telah memutuskan bahawa cadangan penanaman pokok ketum adalah diharamkan. Ini berdasarkan kepada mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding dengan manfaatnya.

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pelbagai pandangan dan pendapat dalam isu penanaman pokok ketum ini, kami lebih cenderung kepada untuk dielakkannya kerana berbeza penggunaannya dengan bab yang lain di mana ianya:

Pertama: Mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar daripada manfaatnya.

Kedua: Sekalipun niat baik dan tujuan yang jelas bagi tujuan farmaseutikal/perubatan, tetapi isu tahap kawalan agar tidak terarah kepada penyalahgunaannya begitu mencabar untuk dipertahankan.

Ketiga: Sudah barang tentu akan di ambil kesempatan dan peluang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Keempat: Dalam suasana amat sukar menangani isu dadah dan seumpamanya, jika ia dibiarkan untuk pokok ketum ditanam secara berleluasa, maka ia boleh menyukarkan untuk proses pembasmian salah guna dadah sedia ada dan seolah-olah menempah bala yang lain pula.

Seterusnya kami berpendapat bahawa masih banyak lagi jenis tanaman yang boleh dikormesialkan bagi tujuan perubatan dan juga menambahkan pendapatan yang lumayan bagi menggantikan daun ketum dalam skala yang besar. Akhir kalam, semoga Allah SWT sentiasa melindungi rakyat Malaysia dari segala bala-bencana serta memberikan kefahaman yang baik dalam beragama. Wassalam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Suara Media

 

.

Kesan Buruk Cara Duduk ‘ W ‘ Yang Ramai Terlepas Pandang, Jangan Abaikan!

KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

KESAN BURUK CARA DUDUK ‘ W ‘

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

KESAN BURUK CARA DUDUK ' W '

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

KESIMPULAN

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan. Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

 

Sumber: 1001petua

.

20 Dosa Isteri Terhadap Suami Yang Membuatkan Isteri Dibakar Allah Di Neraka! No 6 tu Wanita Di Malaysia Sering Lakukan!… Kongsikan Untuk Kebaikan Bersama..

Agama Islam sudah mengatur semuanya tentang kewajiban seorang istri terhadap suaminya. Firman-firman Allah dan hadits Rasulullah menjadi rujukan bagi umat Islam. Jangan melanggar apa yang sudah diatur dan sesuai syariat apalagi sampai membuat peraturan-peraturan sendiri.

Sekarang tidak sedikit dijumpai seorang istri yang membangkang kepada suaminya, berkelakuan tidak baik terhadap suaminya, bahkan ada sampai memaki suaminya. Padahal suaminya merupakan seseorang pria yang saleh, baik akhlaknya, beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Tidak salah perempuan lebih banyak menjadi penghuni neraka. Sabda Rasulullah SAW : “Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita, disebabkan mereka kufur“. Ditanyakan: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau bersabda: “Mereka kufur kepada suami, kufur terhadap kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja kejelekan darimu maka dia akan berkata: ‘Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu“ (HR : Bukhari dan Muslim).

Berikut ini ulasan dosa istri terhadap suami yang menjerumuskan istri ke neraka :

Ilustrasi

1. Mengabaikan wewenang suami sebagai pemimpin rumah tangga
Rumah tangga dipimpin oleh suami dengan segala peraturan yang sesuai dengan ajaran Islam dan Rasulullah SAW. Sudah seharusnya istri menuruti semua bentuk peraturan atau perintah suami.
Rasulullah menggambarkan seandainya seorang suami memerintahkan suatu pekerjaan berupa memindahkan bukit merah ke bukit putih atau sebaliknya, maka tiada pilihan bagi istrinya selain melaksanakan perintah suaminya.

2. Menentang perintah suami.
Didalam rumah tangga sudah kewajiban seorang istri untuk mematuhi suami dan taat kepada suami. Istri juga harus menuruti perkataan suami baik larangan atau suruhan asal masih dalam hal kebaikan.

Sabda Rasulullah : ” Tidaklah seorang perempuan menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Dari hadits dapat disimpulkan istri harus taat kepada suaminya dengan mengharap ridha Allah SWT. Namun, kewajiban kepada Allah SWT tetap paling utama.

3. Menolak untuk bergaul dengan suami (hubungan suami istri).
Allah sudah mengatur manusia berpasangan dan untuk memperoleh keturunan, pasangan pria dan perempuan diikat dalam sebuah pernikahan yang sah sesuai dengan syariat Islam. Dengan demikian pasangan tersebut sudah halal dan saling melengkapi untuk mempunyai keturunan.

Didalam Islam seorang istri yang menolak ajakan suami untuk bergaul, berarti ia (istri) membuka pintu laknat dari Allah terhadap dirinya.

4. Tidak menemani suami tidur.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda : ” … Bila seorang istri semalaman tidur terpisah dari ranjang suaminya, maka malaikat melaknatnya sampai Shubuh.”

Jika seorang istri ingin tidur sendirian atau ingin menemani anak-anaknya yang masih kecil. Ia harus meminta izin suami terlebih dahulu.

5. Memaksa dan memberatkan beban suami dalam mencari nafkah.
Kewajiban suami adalah mencari nafkah (rezeki) yang halal untuk memenuhi kecukupan rumah tangganya. Tugas suami hanyalah mencari dan Allah SWT sudah mengatur semuanya baik sedikit maupun lebih.

Sebagai istri jangan pernah sama sekali memaksa lebih dari suami. Terimalah pemberian suami selagi cukup untuk menghidupi. Itulah rezeki yang halal yang dibawa pulang kerumah oleh suami. Dan rezeki tersebut sungguh besar keberkahan dibandingkan rezeki tidak halal.

6. Tidak mau (tidak pernah) berdandan didepan suami.

Dalam Islam istri hanya diperbolehkan hanya berdandan, mempercantik diri atau berhias hanya kepada suaminya saja. Sehingga suami semakin cinta dan sayang kepada istri dengan mengharap ridha Allah SWT.

7. Menjerumuskan suami kedalam hal-hal dilarang Allah SWT.Seorang istri yang menjerumuskan suami ke hal-hal yang tidak benar dan tidak sesuai syariat Islam, ini akan mengantarkan mereka berdua ke neraka.

Istri yang salehah tentunya selalu menjadi pendamping bagi suami yang baik. Bersama-sama beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

8. Mengesampingkan kepentingan suami karena kepentingan lain.
Dari Aisyah ra, ujarnya : saya bertanya kepada Rasulullah SAW . : ” Siapakah orang yang mempunyai hak paling besar terhadap seorang wanita?” Sabdanya : ” Suaminya”. Saya bertanya : ” Siapakah orang yang paling besar haknya terhadap seorang lelaki. ” Jawabnya : “Ibunya”. (HR.Bazaar dan Hakim; Hadits hasan)

Dari hadits diatas dapat diambil kesimpulan seorang Istri terlebih dahulu mementingkan suaminya dibandingkan Ibunya atau ayahnya. Istri harus meminta izin suaminya jika ingin memenuhi kepentingan orang tuanya.

Ridha Allah , ridha suami, Surga istri mengalir dari suami.

9. Keluar dari rumah tanpa seizin (sepengetahuan) suami.
Dalam Islam seorang istri menjadi pendamping suami, dimana sudah tugasnya mengurus rumah tangga. Jika istri ingin pergi keluar rumah untuk keperluan apapun itu harus dengan izin dari suami.

Bagaimana jika pergi tanpa izin ?

Jika pergi tanpa izin berarti istri sudah melanggar apa yang diajarkan oleh Islam. Dengan demikian dia durhaka kepada Suami. Dan ia berdosa.

10. Lari dari rumah suami tanpa suami tahu kemana
Rasulullah saw bersabda : “Dua golongan yang sholatnya tidak bermanfaat bagi dirinya yaitu hamba yang melarikan diri dari rumah tuannya sampai ia pulang; dan istri yang melarikan diri dari rumah suaminya sampai ia kembali.” (HR. Hakim, dari Ibnu ‘Umar)

11. Menerima tamu laki-laki yang dibenci oleh suami.

Dalam sebuah Hadits, Rasulullah telah menegaskan bahwa seorang istri diwajibkan memenuhi hak-hak suaminya. Diantaranya yaitu :

a. Tidak mempersilakan siapapun yang tidak disenangi suaminya untuk menjamah tempat tidurnya.

b. Tidak mengizinkan tamu masuk bila yang bersangkutan tidak disukai oleh suaminya.
(HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi, Hadits hasan shahih)

12. Tidak menolak jamahan (disentuh) oleh lelaki Lain.
“…. maka wanita-wanita yang shalih itu ialah yang taat lagi memelihara (dirinya dan harta suaminya) dikala suaminya tidak ada sebagaimana Allah telah memeliharanya…” (QS. An-Nisaa’ (4) ayat 34).

Rasulullah menjelaskan bahwa seorang istri yang membiarkan dirinya dijamah lelaki lain boleh diceraikan.

Hal tersebut sangat besar dosanya dan sudah durhaka kepada suami. Allah akan menurunkan azab jika berbuat demikian.

13. Tidak mau merawat ketika suami jatuh Sakit.
Seperti penjelasan diatas, kepentingan seorang suami harus didahulukan. Jika istri menolak merawat suami ketika sakit dengan alasan apapun bahkan sekalipun orang tuanya sedang sakit juga, maka sudah kewajiban bagi istri merawat suaminya.

14. Puasa sunnah tanpa izin saat suami berada di rumah.
Dari Abu Harairah, bahwa Rasulullah saw. bersabda: ” Seorang istri tidak halal berpuasa ketika suami ada di rumah tanpa izinnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadits tersebut sangat jelas, berpuasa sunnahpun harus dengan seizing suaminya ketika suami berada di rumah.

15. Menceritakan tentang fisik wanita lain kepada suami.
Dari Ibnu Mas’ud, ujarnya : Rasulullah saw. bersabda: “Seorang wanita tidak boleh bergaul dengan wanita lain, kemudian menceritakan kepada suaminya keadaan wanita itu, sehingga suaminya seolah-olah melihat keadaan wanita tersebut.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jangan pernah mengumbar sesuatu yang dilarang dan dibenci oleh Allah. Sudah seharusnya menjaga rahasia yang tidak boleh diketahui siapapun.

16. Menolak kedatangan suami bergilir kepadanya (suami yang memiliki lebih satu istri).
Seorang istri yang dimadu, tetap mempunyai kewajiban untuk mentaati perintahnya, menyenangkan hatinya, berbakti dan selalu berperilaku baik kepada suaminya ketika ia datang.
Seorang suami yang memperistri lebih dari satu harus memenuhi persyaratan sesuai syariat Islam. Salah satunya harus bersikap adil kepada satu sama lain.

17. Mentaati perintah orang lain di rumah suaminya.
Seorang istri jangan pernah sama sekali mentaati perintah dari siapapun dirumah suaminya. Satu-satunya orang yang dituruti istri hanyalah suaminya semata.

18. Menyuruh suami menceraikan madunya.

Tidak pantas bagi seorang istri yang sudah dimadu untuk menceraikan istri suami yang lainnya.

19. Meminta cerai tanpa alasan yang sah.
Jangan menjadi istri yang mencari-cari alasan yang tidak jelas. Pereceraian suatu hal yang sangat dibenci oleh Allah SWT.

20. Mengambil harta suami tanpa izinnya.
Jangan pernah sama sekali mengambil harta benda suami tanpa izin darinya walaupun hanya sedikit saja.

Sahabat renungan islam dimanapun sahabat berada, khususnya kepada perempuan (yang sudah memiliki suami). Taat dan patuhi perintah suamimu jika masih dalam batas-batas syariat Islam. Jangan pernah sampai suamimu menangis karena kelakuanmu, itu akan mendatangkan azab dari Allah. Minta maaflah kepada suamimu dan mohon ampunan kepada Allah SWT jika dirimu (istri) pernah bersalah walaupun hanya sedikit saja.

Jika ada sesuatu hal yang berkaitan dengan rumah tangga (permasalahan dengan suami) jangan jadikan media social untuk bercurhat, jangan cerita kepada orang lain. Minta petunjuk kepada Allah SWT.

sumber; islamikinfo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *