‘Dia cuba pujuk guru untuk benarkan dia bawa pulang anak saya’, lelaki ini kongsi detik cemas anak nyaris diculik lelaki warga asing!

‘Dia cuba pujuk guru untuk benarkan dia bawa pulang anak saya’, lelaki ini kongsi detik cemas anak nyaris diculik lelaki warga asing!

Terkejut seorang bapa apabila guru tadika memaklumkan ada seorang lelaki warga asing yang cuba membawa anaknya pulang, sedangkan beliau tiada meminta pertolongan dari mana-mana individu untuk berbuat demikian.

Menurut Ahmad Najmuddin, lelaki warga asing itu bukan saja mengetahui nama anaknya, malah mengetahui sekitar jam berapa beliau menjemput anaknya pulang.

“Salam semua. Ini saya nak kongsikan peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana yang ada anak kecil yang dihantar ke tadika, pesanlah kepada anak dan gurunya siapa yang akan menjemputnya pulang nanti.

“Sebab kejadian semalam hampir berlaku pada anak saya sendiri di mana seorang lelaki warga asing (Bangladesh) pergi ke tadika anak saya. Kemudian dia minta dengan guru tadika nak bawa balik anak saya dengan alasan kononnya saya yang meminta dia datang untuk ambil anak saya.

“Padahal saya tiada meminta siapa-siapa pun untuk pergi ambil anak saya. Malah, lelaki Bangladesh itu siap tahu nama penuh anak saya.

“Atas sebab keselamatan, guru tadika itu meminta lelaki terbabit menghubungi saya terlebih dulu. Tetapi lelak itu tidak berbuat demikian.

“Sebelum beredar, lelaki itu masih cuba memujuk guru berkenaan untuk membenarkan dia membawa pulang anak saya. Allahuakbar.

“Saya selisih dalam 10 minit saja dengan lelaki Bangladesh itu. Dia macam tahu-tahu saja saya biasa ambil anak jam berapa. Lokasi di Taman Daya, Johor Bahru,” katanya.

 

Sumber: Ahmad Najmuddin

kredit: The reporter

.

PENYANYI Adira enggan melayan kecaman netizen yang mengkritik tindakannya muncul menerusi muka hadapan sebuah majalah popular bersama aktres Izreen Azminda hanya kerana mereka memegang status isteri kedua.
Sebaliknya kata Adira, 27, dia sudah lali dengan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya dan perkara itu akan berlalu sekiranya dia mengambil tindakan berdiam diri.

“Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri.

“Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun,” katanya.

Adira muncul dengan single terbaharu yang berjudul Sembunyi.

Adira ditemui pada majlis pelancaran muzik video artis dibawah label Rocketfuels di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Izreen dan Adira menjadi sasaran apabila tajuk muka hadapan majalah itu ‘Naluri Isteri Nombor 2’ mencetuskan kemarahan netizen terutama wanita yang mendakwa majalah itu tidak sepatutnya mengangkat kedua-dua selebriti berkenaan.

Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan terhadap kedua-dua artis itu malah ramai mengecam untuk memboikiot majalah berkenaan.

Dalam pada itu, Adira berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tajuk digunakan kerana menganggap ia sebahagian daripada teknik pemasaran dalam melariskan penjualan.

Izreen Azminda.

“Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut.

“Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Adira memberitahu dia yakin Izreen juga tabah dan kuat dalam mengharungi kecaman netizen terhadapnya.
“Saya pernah lalui perkara sama sebelum ini dan rasa kasihan juga dengan Izreen kerana teruk dihentam netizen. Tetapi saya tahu Izreen seorang wanita yang kuat dan tabah,” katanya.

Artis dibawah naungan Rocketfuel.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia baharu sahaja muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Sembunyi dan akan kembali sibuk dengan karier seninya selepas ini.

“Sembunyi masih sebuah karya balada tetapi sarat dengan elemen R&B. Saya ingin tampil kelainan kerana ingin mengikut peredaran muzik semasa.

“Fokus saya tahun ini juga untuk kembali merancakkan karier seni memandangkan sebelum ini agak lama saya berehat,” katanya.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *