Dia Jadi JANDA Ketika Dalam Labour Room. PUNCANYA Buat Ramai GERAM!

Dia Jadi JANDA Ketika Dalam Labour Room. PUNCANYA Buat Ramai GERAM!

Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak)

DOKTOR NASIHAT BEREHAT

Saya berkahwin 2014.Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat public listed company. Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”. Pendekkan cite, saya bleeding n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami,suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor xbagi drive,masak).masa tu kandungan 4bulan.

Dipendekkan cite masa kandungan 6bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong. One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan 6bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nk jumpa.

SAYA YANG SARA SUAMI SAYA

Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7bulan and baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya 3tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua. Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.

Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Betina tu cakap dia xtahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and bertaklik, ‘Kalau saya keluar dengan H* lagi, jatuh talak awak’.

Masa ni kandungan 8bulan.Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-lain. Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun. Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

MAKAN HATI

Tp اَللّهُ tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, sahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian. Masa tu saya mintak dengan اَللّهُ satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.

Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kantoi). Tapi takdir Allah, 3hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. اَللّهُ buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia. Dia cakap nak kawin. Dia cakap saya hamil anak orang lain,kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami duk contact saya macan takde pape yang jadi. Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia g surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so, nk dekatkan diri dengan اَللّهُ.

FITNAH SUAMI TERHADAP SAYA

Takdir اَللّهُ, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya. Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu. Tu last dia suapkan sy, And Thank you اَللّهُ sbb saya boleh peluk dia sebagaimna yang saya minta. Sy tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu,dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.

Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, sayaboleh peluk dia,tq اَللّهُ. Pagi keesokkan nya saya keluar darah tanda dah nak beranak. Ya اَللّهُ, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.

Family bawa saya ke hospital, saya masuk labour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu. Allahu, dalam hati kepala sy masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom,”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.

Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad,tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu. Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia mmg tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nk bunuh diri.

JANJI DAN BERSUMPAH

Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Saya ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu, dia cakap kt betina tu yang dia dh lama ceraikan saya and takde pape dgn saya. Ya اَللّهُ, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.

Saya contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu. Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasmara, siap gmbar tak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. اَللّهُ je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis2 konon dah takde hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak. Nafkah dia bagi Rm100 je tu pn kadang2. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sbnrnya?

Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. اَللّهُ je thu perasaan besarkan anak sorang-sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan. Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact sy everyday duk panggil syg2 macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today. N yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dgn betina tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat-sangat melampau. Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word. And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang sy macam mana. Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.

Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya, tolong datang court ceraikan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.

Dear H,
Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!

Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan.saya dah penat.

Sumber : Amy

.

Tahukah kamu bahawa rambut jagung mempunyai byk khasiat dan manfaatnya. Antaranya boleh mengontrol diabetes, melawan kancer, menurunkan tekanan darah, merawat kesihatan ginjal, menyehatkan jantung, mata, kulit dan sebagainya. Jadi lain kali jgn buang rambut jagung tu yaa ..

Resipinya:

*Segenggam rambut jagung

* 2-3 batang jagung

*Kurma merah (optional)

Air rebusan secukupnya.

Masukkan semua bahan dan rebus sehingga jagung masak. Minum air jagung selagi air masih hangat. Selamat mencuba.

Teh Herbal Rambut Jagung

Kredit : jess tham

Sumber: Keluarga Till Jannah

.

Turun 17Kg Dalam Masa 2 Bulan Dengan Kaedah Liquid Diet Ini. Senang Je Cara Nak Sediakan Ni..

Berikut adalah perkongsian dari Maria Adam tentang bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam masa 2 bulan dengan menggunakan kaedah liquid diet sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.

My home made carrot juice, saya turun 17kgs, dlm masa 2 bulan dengan liquid diet sahaja.

Bahan di perlukan juice extractor, kalau takde pakai blender pun boleh, kak maria advise semua perempuan kena ada juice extractor ni sbb dia bagus sangat….ada juice extractor kita akan lebih berdisiplin bila makan, minum juices kulit cantik, kurang gula dan buah buahan mmg banyak khasiatnya.

Saya turun 17kgs 2 bulan dengan liquid diet, saya tak sentuh nasi (carbohydrate), saya tak sentuh gula…air gas, kopi, teh tarik and nescafe semua mmg saya tak minum sbb tak suka.

Saya cuma minum susu, minum juice, makan buah dan yogurt selama 2 bulan itu sahaja dan saya minum smoothies sehari min 2 kali kenyang juga. Susu dan yogurt beli brand Marigold kat pasar raya.

Effect asthma yg bertahun2 saya hadapi hilang terus, saya pernah coma pasal paru paru lemah, 36 jam dalam icu, resdung atau nose polyp saya hilang, tenaga banyak gila, bangun subuh kul 2 pagi pun tak letih lagi:)

Doctor saya kata bila kita hilang berat badan kita, lebih 50 penyakit keluar dari badan, so you all yg selalu sakit macam saya cubalah ya,now saya dah sihat.

Badan ringan, mind clearer and rasa more peaceful. Nanti saya share resepi smoothies kat sini juga

 

Carrot juice

  1. Carrot juice 3 batang buang kulit belah kecik
  2. Susu segar jika suka – Marigold brand
  3. Gula jika suka (saya minum kosong)
  4. Lemon

Masukkan carrot dlm juice extractor, juice carrot akn keluar, lepastu tambah air putih dan tambah susu segar dan gula jika you all suka manis.

Masukkan dlm fridge sejukkan dan minumlah masa berbuka rasa awesome gilerrrr…. lemon tu time nak minum hiris lemon satu ke dua hiris perah dalam carrot juice tu, letak ais sikit, adoiii heaven sedap gila haha

Lepas tu kalau nak carrot tu minum kosong sahaja pun boleh okay, tak nak letak susu, tambah air sikt and lepastu letak ice, bukak tv sensorang minum chiling rasa awesome giler .

Kita kenyang, berat turun dan kulit cantik serta bagus untuk mata juga.

Share if you all suka. Eat healthy everyone:)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Petua Ibu

.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *