Hukum Suami Mengaku Bujang, Jangan Ambil Ringan Perkara Ni!…

Hukum Suami Mengaku Bujang, Jangan Ambil Ringan Perkara Ni!…

Adakah jatuh talak atau tidak sekiranya seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri mengaku bujang?

Berikut disertakan beberapa contoh :

– Bila ditanya suami itu olih seseorang : “adakah kamu sudah beristeri?” lalu dijawabnya : “saya belum beristeri.”

– Seorang suami yang menghantar isterinya balik bercuti ke kampung lalu berkata suami tersebut : “abang jadi orang bujang la seminggu.”

– Seorang wanita berkata kepada lelaki yang sudah beristeri yang baru dikenalinya : “awak sudah kawin atau belum sebenarnya ?” jawabnya : “saya belum kawin”

– Seorang suami ditanya olih kawannya : “kemana isteri awak lama saya tidak nampak dia.” lalu suami itu menjawab :”saya sekarang seorang duda.”

Maka semua jawapan suami seperti contoh di atas tidak menjatuhkan talak kerana lafaz “saya belum beristeri”, “saya bujang”, “saya belum kawin” dan “saya duda” yang tersebut bukan lafaz talak sarih (yang jelas).

Tetapi jika suami tersebut berniat talak ketika melafazkan semua lafaz seperti contoh di atas maka jatuh talak menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama fiqh kerana ia termasuk lafaz talak kinayah (sindiran) artinya lafaz talak yang hanya sah jika berserta dengan niat talak.

Manakala sebahagian ulama fiqh yang lain mengatakan ia tidak termasuk lafaz talak kinayah maka sekalipun berniat talak tidak jatuh talak dan ia dikira lagha tidak ada makna.

Rujukan :

Berkata Imam Syairazi :

وَإنْ قَالَ لَهُ رَجُلٌ: أَلَكَ زَوْجَةٌ ، فَقَالَ: لاَ، فَإنْ لَمْ يَنْوِ بِهِ الطَّلاَقَ، لَمْ تُطَلَّقْ؛ لأَنَّهُ لَيْسَ بِصَرِيحٍ، وَإنْ نَوَى بِهِ الطَّلاَقَ، وَقَعَ؛ لأَنَّهُ يَحْتَمِلُ الطَّلاَقَ. إهـ

Artinya : “dan jika bertanya kepadanya olih seseorang : adakah kamu mempunyai isteri? Maka dijawabnya : tiada. Maka jika tidak berniat ia akan talak dengan lafaz tersebut maka tidaklah jatuh talak dari kerana lafaz itu bukan lafaz yang jelas. Dan jika ia berniat talak dengan lafaz tersebut maka jatuh talak dari kerana ia bolih dipakai makna talak.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam Nawawi :

وإن قال له رجل : ألك زوجة ؟ فقال : لا، ونوى به الطلاق كان طلاقا. قال في الفروع : ويحتمل أن لا يكون كناية ولا صريحا، والأول هو المشهور لأنه يحتمل الطلاق. إهـ

Artinya : “Dan jika berkata kepadanya olih seseorang : Adakah bagi kamu isteri? Maka berkata ia : Tiada. Dan dia berniat talak dengan kata-katanya itu maka berlaku talak. Tersebut di dalam kitab Furu’ : Ditanggungkan bahawa lafaz tersebut bukan lafaz talak yang jelas dan bukan juga lafaz talak sindiran. Pendapat pertama yaitu ia termasuk lafaz talak kinayah ialah pendapat yang masyhur dari kerana ia bolih jadi bermakna talak.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

– Tidak jatuh talak jika suami mengaku bujang atau belum kawin atau belum beristeri atau duda atau yang semakna dengannya jika suami tersebut tidak berniat talak ketika melafazkan kata-kata tersebut.

– Bermain-main dengan lafaz talak atau seumpamanya adalah tidak disukai syara’.

– Sekalipun tidak jatuh talak, berbohong adalah perbuatan yang berdosa disisi syara’.

Wallahua’lam

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) 

.

Jika anda selalu menonton televisyen atau menonton video di youtube pasti setiap hari anda akan melihat wajahnya dalam iklan Trivago. Gadis Trivago atau “Talent Trivago” ini sebenarnya bukan calang-calang orang.

Personaliti tinggi lampai atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro.

Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012.

Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan beerti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhenti di situ.

Sekarang gadis ini dikenali sebagai “Miss Trivago”. Setiap hari pasti muncul wajahnya di dalam iklan-iklan Trivago di televisyen mahupun di internet.

Dahlia Shawzwan merupakan pengacara rancangan Hlive/PmLive di Astro Ria.

Beliau telah berkahwin pada 23 Julai 2016 dengan anak kepada Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Datuk Ismet Suki. Suaminya, Shafiq Ismet merupakan seorang eksekutif pemasaran.

Apa yang menarik semasa perkahwinan, mereka mendapat tajaan mencecah RM10 juta untuk majlis pra perkahwinan, pernikahan dan persandingan.

Boleh follow Dahlia Shazwan di instagram – Instagram Dahlia Shazwan

Berikut di bawah adalah biodata penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan.

Biodata Penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan

Nama penuh: Dahlia Shazwan binti Mohd Amin

Nama Komersil: Dahlia Shazwan

Tarikh Lahir: 1 Jun 1988

Asal: Kuala Lumpur

Status: Berkahwin

Pendidikan: Merupakan graduan jurusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Suami: Shafiq Ismet

Sumber : Nukilan cerita kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *