Innalillah ! Murid Tahun 1 Ditemui ‘Rentung’ Dalam Keadaan Peluk Beg Sekolah Di Ruang Tamu Rumah..

Innalillah ! Murid Tahun 1 Ditemui ‘Rentung’ Dalam Keadaan Peluk Beg Sekolah Di Ruang Tamu Rumah..

“Dia suka ke sekolah dan seronok masuk tahun satu, sampaikan meninggal pun masih lagi peluk beg sekolah.”
Mohd. Azmi Raji, 51, sukar menahan air mata bercerita mengenang cucunya, Siti Halaidah Abdullah, yang ditemui rentung dalam kebakaran rumah didiami 10 sekeluarga di Kampung Tembongon di Putatan hari ini,

Kebakaran bermula kira-kira pukul 3.30 pagi dan memusnahkan empat rumah.

Mayat Siti Halaidah ditemui berhampiran pintu keluar di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan, manakala ibunya, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, melecur 50 peratus pada badan dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Mohd Azmi yang juga buruh binaan, tersedar daripada tidur selepas terasa bahang panas sebelum terdengar bunyi rekahan kayu dimamah api dan mendapati hampir keseluruhan siling tingkat bawah rumah terbakar.

Beliau bergegas mengejutkan isterinya, Roslinda Mohd Ipang, 49, sebelum ke tingkat atas untuk mengarahkan tiga anak serta lima cucu keluar.

“Api terlalu besar. Saya menahan bahang kerana mahu menyiram air di pintu keluar untuk memudahkan anak dan cucu ke tempat selamat.

“Selepas itu baru saya perasan Siti Halaidah tiada dan kami cuba masuk semula namun tidak berjaya.

“Siti Sarta nekad meredah api dan masuk ke rumah yang terbakar untuk mencari Siti Halaidah tetapi gagal menemui anaknya kerana api sudah marak,” katanya yang turut melecur di belakang badan.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 3.35 pagi sebelum menghantar tiga jentera bersama 22 anggota ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, empat rumah marak terbakar dan bomba memadam kebakaran bagi mengelak api merebak.

“Selepas api dipadamkan, kita menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan rentung manakala seorang wanita dewasa parah akibat melecur.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.15 pagi manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

.

Ahli Kumpulan Nasyid Yang Letak Dadah Pada Farid Kamil Tampil.. Memang Mengejutkan Rupa Rupanya.. Tak Sangka Dia Sanggup Buat Macam Tu!

“Sejujurnya kami terkejut dengan laporan media dan kenyataan rasmi polis tentang ahli kumpulan kami terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan terkait dengan laporan Farid Kamil.

Kumpulan nasyid Firdaus menafikan terdapat ahli kumpulannya bernama Osh yang didakwa terlibat memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil.

Salah seorang ahli kumpulan itu, Idzwan Yacob, berkata, laporan yang ditulis menerusi beberapa media telah mencalarkan imej kumpulan nasyid berkenaan.

“Kami tidak kenal rapat dengan Farid Kamil dan Osh yang dimaksudkan itu tiada kaitan dengan kumpulan Firduas,” tegasnya.

Pada Khamis lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Osh dari kumpulan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Selain Idzwan, Firdaus turut dianggotai oleh Mohamad Tarmidi, Mohamad Ismadi Wasli dan Mohd Rasul Mohammad Noor.

Sementara itu tambah Idzwan, kesilapan laporan itu menyebabkan mereka menerima banyak panggilan yang bertanyakan kesahihan perkara berkenaan.

“Sejak dua hari lalu kami menerima banyak panggilan daripada keluarga dan rakan artis. Perkara itu sedikit sebanyak memberi persepsi buruk kepada kami dan kumpulan artis yang lain.

“Ahli kumpulan kami tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti dilaporkan itu,” ujarnya.

Dia juga berharap agar pihak polis memastikan kesahihan fakta yang diterima itu sebelum memberi kenyataan rasmi kepada media.

Pada Rabu lalu, pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun, kini sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Sebaik dibebaskan, Farid kemudian membuat dua laporan polis yang mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang memasukkan dadah dalam minumannya dan memberikan rokok bersalut sejenis cecair sehingga membuatkan dia berasa khayal dan bertindak ganas.

Malah, Farid turut menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika dalam tahanan sehingga mengalami kecederaan dan telah menamakan pegawai polis yang terlibat.

.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *