” Isteri terlantar berdarah di lantai tandas mall macam orang kena bunuh. Bila selidik isteri dia baru lepas bersalin 7 hari, dah bawa keluar. . Yang Lagi Teruk Rupanya Sebelum Itu Si Suami Ada Lakukan Hal Ini..! Kejam!

” Isteri terlantar berdarah di lantai tandas mall macam orang kena bunuh. Bila selidik isteri dia baru lepas bersalin 7 hari, dah bawa keluar. . Yang Lagi Teruk Rupanya Sebelum Itu Si Suami Ada Lakukan Hal Ini..! Kejam!

” Isteri terlantar berdarah di lantai tandas mall macam orang kena bunuh. Bila selidik isteri dia baru lepas bersalin 7 hari, dah bawa keluar. Bila doktor tanya pernah buat hubungan tak. Suami dia diam je sampai masuk ambulance. Kesian si isteri menanggung azab kerana nafsu suami.. “

Salam semua , semoga sihat hendaknya . Di sini saya ingin kongsikan satu kisah benar di mana saya sendiri yg berada di tempat kejadian . Ni berlaku time saya kerja . Saya waktu kerja sebagai information counter merangkap security guard jugaklah . Balek jam 12 malam gitu . Sebelum balek ni kena check semua pintu2 mall dan tandas2 dari tingkat G sampai la tingkat 4 . ( lupa nak cakap , dulu kerja dekat shopping mall).

(Gambar Sekadar Hiasan)

Waktu kejadian tu jam dah 10:30 malam , mall nak tutup kan . Pergi la ronda semua system termasuk check jamban. Kot2 ada kastemer tak balek kan . Tertengoklah kastemer laki ni dia berdiri dekat pintu tandas perempuan sambil dukung anak kecik dia . Masih merah . Tanya la kenapa kan. Dia cakap bini dia dekat dalam . Dah dekat 20 minit tak keluar . Biasa kalau dah announce semua pelanggan dah keluar kan . Ehh ni ada . Kita masuk la dalam tandas .

(Gambar Sekadar Hiasan)

Tengok la bini dia terlantar dekat lantai jamban dengan berlumuran darah . Ya Allah macam kena bunuh je . Memang seram dah la jam nak dekat 11 malam . Call head department . Semua org sampai . Call ambulans bagai . Laki dia cerewet bak hang. Tak nak hosp kerajaan . Lepas tu call plak hosp swasta terdekat . Bila ambulance sampai kami kena buat keterangan . Bila selidik bini dia baru lepas bersalin . 7 hari . Bawa anak pergi mall dalam masa 7 hari pon boleh gitu .

(Gambar Sekadar Hiasan)

Lepas tu wife dia mengalami pendarahan teruk . Nurse yg mengiringi cerita la . Pendarahan dari rahim . Jahitan terkoyak . Tak kan jatuh jamban terkoyak . Sbb lantai tak licin kot . Bila doktor tanya pernah buat hubungan tak. Suami dia diam je sampai masuk ambulance . Lepas tu saya ambik alih tugas lap darah dekat tandas tu. sampai jam 2 pagi baru balek.

Kesimpulannya . Kalau isteri dalam pantang jangan di bawa ke mall ke , jangan di kacau dulu . Kalau tumpah darah . Susah . Lagi2 dekat luar kan . Utk suami silalah bersabar . Utk para isteri jangan la diikut sangat nafsu si suami .

Masing2 consider dan sedar peranan masing2 . Ya lah tak semua orang faham. Tapi hope semua faham apa itu SUAMI DAN ISTERI . Suami dan isteri bukan bererti bernikah berkehendak atas nafsu semata mata . Hope tak de lagi kejadian yg mengerikan seperti ini . Begitulah kisah seram saya . Ehh admin , hide profile saya tau . Thanks

.

Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba.

Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya.

Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di Nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera.

Alkisah, pada zaman dahulu kala, di Tanah Melayu hiduplah seorang nelayan tua yang bernama Awang Gading. Ia tinggal seorang diri di tepi sungai. Pekerjaannya sehari-hari adalah menangkap ikan dan terkadang ia pergi ke hutan untuk mencari kayu.

“Air pasang telan ke insang

Air surut telan ke perut

Renggutlah…!

Biar putus jangan rabut,”

Itu adalah kata-kata yang sering ucapkan sewaktu sedang memancing ikan.

Suatu hari di waktu dia sedang memancing dan tidak berhasil mendapat seekor pun ikan sama sekali. Di waktu perjalanan pulang dia mendengar seorang bayi yang sedang menangis. Kerana rasa ingin tahu dia mencari dari mana suara itu berbunyi . Tak lama mencari, dia pun menjumpa bayi perempuan yang comel tergolek di atas batu. Nampaknya bayi itu baru saja dilahirkan oleh ibunya,atas rasa simpati maka dibawanya bayi itu pulang ke rumahnya.

Sesampainya di rumahnya Awang Gading memberi nama bayi itu Dayang Kumunah. Dengan bahagia Awang Gading menimang-nimang sang bayi sambil mendendang. Dia berjanji akan bekerja lebih giat lagi dan mendidik anak ini dengan baik. Awang Gading juga membekalkan Dayang Kumunah berbagai ilmu pengetahuan dan pelajaran budi pekerti. Setiap hari Awang juga turut membawa sekali Dayang pergi mengail atau mencari kayu di hutan untuk mengenal kehidupan alam lebih dekat.

Waktu terus berjalan. Dayang Kumunah sudah membesar menjadi gadis yang sangat cantik dan sangat sopan,Dayang juga sangat rajin membantu ayahnya akan tetapi sayang seribu kali sayang Dayang Kumunah tidak pernah tertawa.

Suatu hari, seorang pemuda kaya dan kacak yang kebetulan lalu di depan rumah Dayang. Pemuda itu bernama Awangku Usop. Sewaktu melihat Dayang Kumunah, Awangku Usop terus jatuh hati kepadanya dan berniat untuk segera meminangnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop meminang Dayang Kumunah pada Awang Gading.

Setelah beberapa lama berfikir, dia menerima pinangan Awangku Usop dengan syarat, jangan pernah meminta saya untuk tertawa. Awangku Usop menyanggupi syarat yang di ajukan Dayang Kumunah tersebut.

Pernikahan pun dilangsungkan, tetapi terjadi sebuah kejadian yang tidak bahagia setelah pernikahan tersebut. Awang Gading meninggal dunia karena sakit. Peristiwa itu membuat hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih, hingga berbulan – bulan. Untungnya, kesedihan itu segera terobati dengan kelahiran anak-anaknya yang seramai lima orang.

Namun, Awang Usop merasa tidak bahagia karena belum melihat Dayang Kumunah tertawa. Sejak pertemuan pertama kali hingga kini, isteri Awang Usop belum pernah ketawa sama sekali. Tetapi di suatu petang Dayang Kumunah bersama – sama keluarganya sedang berada di teras rumah. Mereka bergurau dengan ria dan semua anggota keluarga tertawa bahagia, kecuali Dayang Kumunah.

Pada saat itu Awang Usop mendesak Dayang Kumunah ikut tertawa. Akhirnya ia pu tertawa setelah sekian lama tertawa. Pada saat itulah, ternampaknya insang ikan di mulutnya. Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai dan segera berubah menjadi ikan.

Awang Usop menyesal kerana telah mendesak isterinya untuk ketawa. Tetapi, semua sudah terlambat. Ikan dengan bentuk badan cantik dan kulit yang berkilat tanpa sisik inilah yang orang-orang sebut sebagai ikan patin. Sebelum masuk ke sungai, Dayang Kumunah sempat berpesan kepada suaminya, “Kanda, peliharalah anak-anak kita dengan baik.”

Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji tidak akan makan ikan patin, kerana dianggap sebagai keluarga mereka. Itulah sebabnya sebagian orang Melayu tidak makan ikan patin

SUMBER : https://penaputih.pw/2018/lagenda-dan-sebab-kenapa-melayu-sarawak-tidak-makan-ikan-patin/

Via gedebakviral

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *