Isteri Terpaksa Jual Diri Kepada Lelaki Cina Untuk Langsaikan Hutang Judi Suami!

Isteri Terpaksa Jual Diri Kepada Lelaki Cina Untuk Langsaikan Hutang Judi Suami!

Gambar hiasan

Salam admin dan semua.. ni sy pakai fb kawan sy.. cerita nya macam ni, aku dengan suami aku dah 4 tahun kahwin. Dulu masa awal-awal pernikahan, semua indah min. Dia kentut pun aku cakap bau kasturi. Tiap-tiap hari aku tunggu dia min bila dia balik kerja, semua dah hidang. Aku picit-picit dia, cabut stokin dia ala mcm film Ombak Rindu tu.

Paling aku suka kan min, aku suka gomol bawah ketiak dia min. Dia ok ja biar ketiak dia kne gomol dn aku. Sampai aku tido berbantalkan ketiak dia. Aku ni jenis tido mulut ternganga, mmg confirm la air liur basi meleleh. Dia ok ja. Sampai la dua tahun perkahwinan, dia kantoi min dgn bohsia lain. Panas min. Dia still xngaku. Aku ni saiko. Aku cari la betine sunda tu.

Aku whatsapp dia ngaku tp laki aku xngaku. Aku geram, aku g pecahkan kete dia min. Aku pon lari dr rumah. Dia cari aku tp aku buat bodoh je. Konon lari jauh tu aku dpt lupakan dia la. Tp xbole min. Makin lama, makin meroyan aku. Aku pon cuba hubungi dia dan dia menyesal di atas kesilapan dia. Dia kene karma sampai kene buang keje. Kami pun bersama balik. Hari-hari aku bahagia min. Aku jual kuih dan buat corporate orders. Rezeki bole tahan la tapi sekarang sejak dua menjak ni, laki aku da berubah min. Dia suka main judi dan balik mabuk. Kalau menang xpe gak ni asik kalah je. Sampai la org dok kacau rumah kami sebab nk tuntut hutang judi. Laki aku mne ada duit. Barang kemas semua da tade.

Sampai la satu hari, dia pujuk aku untuk main dgn dorg min. Aku mula-mula xnak. Tapi aku akur min sebab nak langsaikan hutang laki aku. Menjadi masalah sekarang, aku da jatuh cinta dgn org yg aku main tu min…. handsome juga, muka kacukan cina…. mintak pendapat warga krt, jgn kutuk sy… pendapat murni.. sekian terima kasih

Sumber: KRT

Sumber: Sehinggit

.

Golongan Hipster Afrika Yang Sanggup Berhutang Asal Nampak Bergaya. Jangan Ketawa Bila Lihat Fesyen Mereka!

Kita pasti biasa mendengar ayat “biasa papa kedana asal bergaya”. Walaupun ianya bukanlah satu gaya hidup yang elok untuk diikuti, itulah gaya hidup yang dipilih oleh segelintir golongan hipster di Congo yang sangat mementingkan fesyen melebihi segala-galanya. Mereka menggelarkan diri mereka “La Sape”.

“La Sape” adalah sebuah perkataan daripada bahasa Perancis dimana perkataan “Sape” itu mempunyai maksud pakaian. Golongan ini dirujuk sebagai seorang “Sapeur”. Golongan ini lebih tertumpu di bandar Kinshaha dan Brazzaville dimana setiap malam hujung minggu mereka akan berkumpul sambil menunjuk-nunjukkan pakai terbaru dan mahal yang dimiliki.

Sejarah kemunculan La Sape

Mengikut sejarah, gaya hidup La Sape ini dikatakan bermula sejak daripada zaman penjajahan Perancis ke atas Congo lagi. Pada masa tersebut, seperti di kebanyakan tempat lain di Congo, penduduknya tidak berpakaian lengkap dan ada kalanya hanya bertelanjang.

Pihak Perancis ingin mengubah situasi tersebut dan mahu melihat rakyat tempatan lebih bertamadun dengan berpakaian lengkap. Dalam usaha untuk menggalakkan rakyat tempatan mula berpakaian, pihak Perancis telah membawa banyak pakaian terpakai dari sekitar Eropah untuk diberikan kepada penduduk tempatan.

Pemberian pakaian ini juga dikatakan sebagai hadiah bagi memupuk sifat taat setia penduduk tempatan kepada pemerintahan Perancis. Bandar Brazzaville mula menjadi popular sebagai tempat pilihan orang Barat yang datang ke Congo kerana mereka beranggapakan penduduk di bandar Brazzaville lebih bertamadun kerana kebanyakan daripada penduduknya sudah berpakaian.

Oleh kerana pakaian yang dibawa oleh Perancis merupakan pakaian dari negara-negara Eropah, maka penduduk setempat lebih mahir berfesyen mengikut gaya Eropah. Selain itu, para pekerja juga biasanya hanya diberikan sedikit upah berbentuk wang sebaliknya diberikan hadiah berupa pakaian apabila sudah selesai melakukan sesuatu kerja.

Sanggup berhutang demi fesyen

Bagi golongan La Sape, fesyen adalah segala-galanya. Mereka tidak kisah berbelanja besar malah sanggup membuat pinjaman kredit daripada bank semata-mata ingin membeli pakaian baru yang berjenama. Jenama popular seperti Giorgio Armani, Yves Saint Laurent, Kenzo serta beberapa jenama popular lain adalah antara beberapa jenama yang digemari mereka.

Bagi seorang Sapeur, berusaha untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup mereka bukanlah satu keutamaan sebaliknya mereka mestilah kelihatan lebih menyerlah dan segak berbanding rakan-rakan Sapeur yang lain.

Tidak dinafikan sesetengah orang di Malaysia sanggup membeli barangan tiruan tidak kiralah beg tangan, baju, topi, seluar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, seseorang Sapeur tidak akan sesekali membeli barangan berjenama yang tiruan. Barang berjenama daripada pereka-pereka fesyen dari Eropah seperti Itali dan Perancis sentiasa menjadi buruan golongan Sapeur.

Kritikan terhadap golongan La Sape

Gaya hidup La Sape ini telah dipopularkan oleh seorang ahli muzik bernama Papa Wemba yang berasal dari bandar Kinshaha sekitar tahun 1970-an. Beliau mempromosikan La Sape sebagai satu golongan yang sangat menghormati orang lain dan sangat mementingkan keterampilan diri walaupun berlainan taraf sosial. Populariti kelab malam dan muzik pada zaman tersebut terus menaikkan populariti gaya hidup La Sape.

Walau bagaimanapun, fenomena La Sape ini juga mempunyai kesan buruk terhadap gaya hidup dan pemikiran golongan Sapeur ini. Majoriti penduduk di Congo hidup dalam keadaan miskin dan hanya mempunyai duit untuk membeli makanan untuk terus hidup. Bagi golongan Sapeur, mereka sanggup mencari duit lebih semata-mata mahu membeli pakai daripada pereka-pereka pakaian terkenal terutamanya buatan Perancis dan Itali.

Bagi golongan Sapeur, fesyen adalah satu keutamaan melebihi keperluan harian untuk terus hidup. Mereka sangat berbangga mampu mengekalkan kebersihan dan membasuh pakaian-pakaian yang dipakai walaupun negara Congo sangat kekurangan bekalan air bersih untuk diminum.

Terdapat juga segelintir golongan Sapeur yang sangat obses terhadap fesyen. Mereka ini sanggup melakukan kerja haram bagi mendapatkan wang untuk membeli pakaian yang dihajati sehingga ada diantaranya yang terpaksa meringkuk di dalam penjara. Bagi mereka, meningkatkan taraf hidup, membeli kenderaan ataupun membayar yuran bagi mendapat pendidikan bukanlah satu keutamaan.

Gaya hidup La Sape dalam golongan muda di Malaysia

Sebenarnya jika diperhatikan, golongan muda di Malaysia juga ada yang mengamalkan gaya hidup “biar papa kedana asalkan bergaya” ala-ala La Sape ini. Statistik peratusan yang tinggi golongan muda yang diisytiharkan bankrap di Malaysia jelas membuktikannya. Golongan muda di Malaysia segelintirnya lebih gemar membeli kereta mewah, makan di kedai atau kafe mahal, bercuti di tempat yang mewah dan sebagainya sehingga akhirnya diisytiharkan bankrap.

Kredit:

1.WikiPedia
2.The Guardian
3.RT.com
4.Le’ Journal International

.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *