Nak Tahu Kenapa Aku Benci Safiq Rahim? – Peminat

Nak Tahu Kenapa Aku Benci Safiq Rahim? – Peminat

Hari ini kecoh di media sosial dengan satu cerita yang tidak sedap didengar mengenai bekas pemain bolasepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim.

Cerita ini mula tersebar setelah 4 orang bekas pemain kebangsaan(termasuk Safiq Rahim) yang sebelum ini umum persaraan mula menunjukkan lampu hijau untuk kembali ke skuad kebangsaan.

Keputusan kembali ke skuad kebangsaan menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati. Mana tidaknya, setelah TMJ menjadi Presiden FAM yang baru mereka mula untuk kembali ke skuad kebangsaan.

Ditulis oleh: Shah Rafi

Ok hari ni aku cerita.

Aku pernah ke Bangkok pada tahun 2014 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF. Turun je kapal terbang aku dan dua rakan lagi terus ke hotel penginapan pasukan negara. Kenapa? Untuk berjumpa mereka dan memberikan sokongan moral. Setidak-tidaknya aku dapat tengok dan jumpa mereka secara berdepan bukan lagi dari jauh. Its a dream come true pada masa tu.

Semasa aku di hotel, pemain Malaysia turun ke cafe untuk minum petang. Aku dan beberapa orang yang ada di sana masa tu ambil peluang untuk bergambar dan berikan kata-kata semangat untuk mereka bermain.

Amri, Apek, Safee Sali, Badri Razi, Indra Putra, Dollah Salleh steady bersalaman, senyum, melayan peminat dan bergambar.

Tiba giliran Safiq Rahim. Aku hulur tangan, bersalaman. Kawan aku memegang kamera.

“Bro, boleh tangkap gambar?” Tanya aku.

Dia diam je sambil angguk. Senyum? Ada, sinis.

Mungkin sedang fokus.

Selesai bergambar, “Bro, semoga berjaya. Buat yang terbaik” kata aku. Dia senyum macam nak taknak. Mungkin ni style dia pada orang yang dia tak kenal. Lebih-lebih lagi fans, maklumlah dia pemain bola sepak profesional. Aku pun bersorak sorai untuk dia bermain demi lencana di dada.
Kawan aku yang memegang kamera tadi ke depan juga untuk bersalaman. Sambil bersalaman, kawan aku pun cakap,
“Bro, good luck. Buat yang terbaik, kami datang dari jauh untuk bro dan team”

Kau tahu apa dia jawab?

Aku boleh dengar satu-satu,

“Ek?” Nada sinis nak mampos.

“Saya pun datang jauh juga ni” dengan nada berlagak dia. Masa tu suasana jadi awkward. Sunyi seketika. Sebaris kata-kata yang pada aku tak patut diucapkan pada seorang penyokong. Kalau baca memang nampak tiada apa yang salah tapi bila dengar dengan telinga sendiri, berdesing.

Masa tu aku rasa nak sound je dengan kata-kata “eh, kau datang dibayar ditanggung semuanya sebab tu kerja kau, manakala kami datang keluar duit sendiri semata-mata untuk sorak demi kau” tapi aku simpan dalam hati. Taknak kacau emosi dia.

Dan malam tu kita semua tahu macam mana teruknya beliau bermain hinggakan kita kalah 2-0 di Bangkok. Berbakul maki hamun dihamburkan pada beliau dari tempat duduk penyokong Malaysia di Stadium Rajamangala, Bangkok. Tapi demi lencana di dada aku dan rakan-rakan serta 80,000 rakyat Malaysia yang lain tetap hadir ke Stadium Bukit Jalil diperlawanan timbal balik. Tapi kita tetap kalah walaupun ada ruang-ruang untuk buat comeback.

Mulai kes dekat Bangkok tu aku jatuh benci pada SR8, aku dan penyokong yang ada masa tu tak minta disujud dilayan seperti anak raja. Cukup berperlakuan profesional seperti pemain-pemain lain. Sambil steady layan peminat. Mungkin ada orang nampak benda ni perkara remeh, tapi bukan pada aku apabila dia bersikap kurang ajar sedemikian. Sebab tu juga sekarang aku dah takde rasa minat nak pergi meet and greet pemain skuad Kebangsaan.

Lebih-lebih lagi kawan aku sendiri yang berbangsa cina juga nyatakan perkara yang sama, dia berlagak pada masa itu dengan cara, gaya dan kata-kata dia.

Ok ketepikan hal luar padang. Itu hanya faktor pemangkin aku tak suka dia. Yang paling penting, apa lagi yang nak dibuktikan dia sekarang? Dulu dah bagi banyak peluang. Main macam celake juga. Sekali dua power tak cukup untuk menjadi power selamanya. Cukuplah tu. Bagi budak lain buktikan diri.

Terima kasih untuk sumbangan selama ni. Dah bersara kan? Cukuplah.

Kredit: Blogammar

Notakaki: Rasa peminat ini tak perlu terlalu sentap, ada kemunkinan sapik rahim kepenatan atau dalam emosi tak berapa elok. Kita tidak boleh hanya kerana 1 insiden kita menghukum seseorang. – GV

Via Gedebakviral

.

(TERKINI) Lelaki Mengamuk Dengan Izzue Islam, Ramai Mula Unfollow Izzue Islam Ekoran Kejadian Itu

Pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam merupakan selebriti yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Nama Izzue kini boleh dikatakan agak besar dalam industri seni tanah air. Selain hebat menjadi penyanyi bersama kumpulan Forten dibawah didikan KRU, Izzue Islam juga hebat berlakon.

Tenyata lakonan Izzue Islam amat hebat dan berjaya menghayati watak dengan baik dan ini dibuktikan dengan satu kejadian yang berlaku terhadap Izzue Islam baru-baru ini.

Pelakon kacak ini berkata dia telah dimarahi oleh seorang lelaki tua yang terlalu obses dengan sebuah drama lakonannya iaitu Patahnya Sebelah Sayap.

Untuk pengetahuan, dalam drama itu, Izzue telah membawakan watak sebagai seorang yang jahat atau watak antagonis.

Becerita tentang kejadian itu, secara tiba tiba Izzue didatangi seorang lelau yang agak berumur dan dia dia terkejut apabila dimarahi oleh lelaki berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku ketika Izzue menghadiri sebuah majlis hiburan dan ketika itu tiada pengurus bersamanya.

Ini pendedahan Izzue Islam:

“Saya terkejut apabila seorang pakcik datang dan memarahi saya kerana jadi jahat seperti dalam drama itu. Dia nasihatkan saya supaya tidak buat seperti itu di kehidupan sebenar.”

“Pada mulanya agak bimbang kerana pengurus saya tidak berada bersama ketika itu, tapi kejadian itu sekejap sahaja dan dia berlalu pergi,”

Selain itu, dalam masa yang sama, seperti kejadian diamrahi lelaki tadi, Izzue juga mendapati ramai yang tak suka dia membawa watak jahat.

Yang mengejutkan, bermula dia membawa watak jahat, didapati ada yang mula unfollow laman media sosial miliknya.

Oleh itu, Izzue Islam akui ramai peminat yang tidak gemar dia melakonkan watak bersisi gelap.

Ini komen Izzue Islam:

“Seperti drama Patahnya Sebelah Sayap saya lihat ramai juga yang marah-marah di Twitter dan ramai yang ‘unfollow ‘ di Intagram.”

“Saya sedar pengikut berkurangan kerana mungkin terkesan dengan perkara itu, maklumlah selalu saya bawa cerita yang baik-baik”

Walaupun kejadi ini berlaku kepada nya, ini tidak menghalang Izzue Islam untuk meneruskan perjuanagnnya dalam bidang seni dengan membawa watak jahat.

Lakonan watak jahat dan antagonis keduanya menerusi telefilem berjudul Jongkong bakal ditayangkan pada malam Ahad di Astro Mustika HD 11 Nov jam 9 malam.

Apabila ada penonton yang tak suka dengan watak jahat seorang pelakon, ini bermakna lakonan seseorang pelakon itu amat hidup, menjadi dan berkesan.

Mungkin mereka yang unfollow dan memarahinya itu terlalu terbawa-bawa dengan lakonan mantap watak jahat Izzue.

Sementara itu, Izzue telah menandatangani kontrak beraksi dalam filem Pailang JB yang diadakan di Comedy Planet, malam Khamis lalu yang mana ini merupakan filem pertama dia membawakan watak gengster atau budak nakal.

Bercerita tentang filem Pailang JB, pelakon ini menerima tawaran tersebut disebabkan banyak adegan aksi dan perlumbaan.

Untuk memantapkan lagi penglibatannya dalam filem ini,  Izzue akan memasuki beberapa kelas untuk latihan mempertahankan diri sebelum memulakan penggambaran.

Ini komen Izzue:

“Dalam filem ini saya membawakan watak budak kolej yang suka berlumba dan banyak babak pertarungan dan lumba kereta.

“Ini kali pertama saya ditawarkan watak seperti ini dan sudah tentu cabaran utama adalah perlu belajar seni mempertahankan diri,”

Filem Pailang JB akan diarahkan oleh Ryzal Yusoff dan akan memulakan penggambaran pada Disember depan.

Sumber: mStar via Beritamemey

Terdahulu, Izzue Islam Buat Pendedahan Punca Sebenar Belum Dapat Anak…Apa Masalah? Jom Baca

Selebriti popular, Izzue Islam telah berkahwin dengan isterinya Awin pada tahun 2013 dan sehingga kini masih belum dikurniakan anak.

Setelah 4 tahun berkahwin, Izzue Islam telah membuat pendedahan punca beliau dan isteri lambat dikurniakan anak.

Izzue Islam akui tiada masa berehat dan bercuti bersama isteri, Awin  dan inilah dikatakan punca pasangan ini masih belum dikurniakan zuriat.

Tambah ahli kumpulan Forteen ini, dia akui banyak menerima nasihat supaya berehat daripada kerja untuk memudahkan mereka menimang cahaya mata.

Ini komennya:

“Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti.

“Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.

“Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.

“Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki,”

“Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.

“Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami,”

Izzue Islam dan isteri berharap dengan izinNya dapat menimang cahaya mata kelak.

Sumber: mStar via Beritamemey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *