Ngeri! Budak 15 tahun mati akibat dirodok kemaluannya dan mayatnya ditemui dengan 19 kesan kecederaan pada tubuhnya!

Ngeri! Budak 15 tahun mati akibat dirodok kemaluannya dan mayatnya ditemui dengan 19 kesan kecederaan pada tubuhnya!

Remaja dari Dalit, Haryana, hilang Selasa minggu lalu, selepas keluar dari rumah untuk ke sekolah.
Kematian remaja perempuan 15 tahun dalam keadaan menyayat hati akibat dirogol beramai-ramai sekali lagi mengejutkan India selepas mayatnya ditemui dengan 19 kesan kecederaan pada tubuhnya dipercayai akibat diseksa.

Apabila bedah  siasat dijalankan, pakar mendapati hati dan paru-parunya pecah. Lebih kejam menurut polis, doktor memberitahu kemaluan mangsa dirodok dengan sesuatu objek namun tidak menyatakan objek terbabit.

Bedah siasat menunjukkan sekurang-kurangnya empat orang terbabit merogol, menyeksanya dan mangsa juga ada kesan lemas dalam air.

Daily Mail yang memetik NDTV melaporkan, mayat separuh bogel remaja itu ditemui dalam satu terusan di Kurukshetra, kira-kira 100 kilometer dari rumahnya dengan kecederaan pada muka, leher, bibir dan dada.

Polis percaya remaja itu sudah dua hari mati sebelum mayatnya ditemui.

Dr SK Dattarwal dari Institut Sains Perubatan Pandit Bhagwat Dayal Sharma berkata, tubuh mangsa ada banyak kesan kecederaan, bahagian sulit dicederakan selain banyak kecederaan dalaman.

“Objek keras dan tumpul dirodok ke dalam kemaluannya.

“Remaja itu yang diikat mulut meronta untuk melepaskan diri dan ada seseorang duduk di atas dadanya,” katanya.

Ketua Polis Daerah itu, Abhishek Garg, berkata gerakan besar-besaran sudah dilancarkan bagi mengesan empat lelaki terbabit.

Beberapa jam selepas penemuan mayat remaja itu, polis di Panipat menemui mayat budak perempuan 12 tahun dalam sebuah kolam juga dibunuh selepas dirogol.

Ketua Polis Panipat, Rahul Sharma, berkata dua lelaki iaitu jiran mangsa ditahan dan mereka mengaku memujuk mangsa masuk ke dalam rumah sebelum merogol dan membunuhnya.

Kedua-dua jenayah itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut hukuman lebih berat serta mendesak polis memperbaiki cara mengendalikan kes.

Rekod rasmi menunjukkan hampir 36,000 remaja dan kanak-kanak bawah umur menjadi mangsa serangan seksual di India pada 2016.

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak PBB menyatakan, pada 2014 seorang daripada tiga mangsa rogol di India ialah bawah umur.

 

Sumber: Nakbebel

.

Mahu Perbaiki Diri, Neelofa Cadang Buka Pusat Tahfiz

MAHU fokus memperbaiki akidah dan akhlaknya sebagai seorang Muslim, siapa sangka wanita semuda ini memasang hasrat untuk menyumbang semula kepada umat Islam yang lain agar kehidupan mereka juga terbela.

Usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang telah menyimpan hasrat untuk membuka pusat pengajian Al-Quran satu hari nanti.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagaimanapun, usahawan berjaya itu terlebih dahulu mahu memeperbaiki dirinya sebelum melaksanakan hasrat yang sudah lama tersimpan itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,”tambahnya lagi.

Dalam perkembangan baharu, Neelofa, 28, yang popular menerusi drama berantai Suri Hati Mr. Pilot itu mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan tudung Naelofar Hijab serta komitmennya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Walaupun semakin sibuk dengan urusan perniagaan dan jawatan yang baru disandangnya itu, wanita kelahiran negeri Kelantan itu masih akan meneruskan lagi aktiviti seninya.

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi,”ujarnya.

Tambahnya juga, dia turut tidak akan menolak jika ada mana-mana tawaran yang datang agar dapat menambah pengalaman dan mengasah lagi bakatnya sebagai penggiat seni. – MYNEWSHUB.CC/AH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *