Wajah Pemegang Rekod Remaja “Paling Berbulu”..Tetapi Kini gadis ini cantik persis model semua orang terpukau!!.

Wajah Pemegang Rekod Remaja “Paling Berbulu”..Tetapi Kini gadis ini cantik persis model semua orang terpukau!!.

REMAJA Thailand Supatra ‘Natty’ Susuphan sebelum ini dinamakan sebagai remaja paling berbulu di dunia oleh Guinness World Records pada 2010.

Namun, dia mengejutkan media tempatan dengan gambar terbaru dirinya minggu ini yang menunjukkan dia tidak lagi berbulu, keadaan yang mempopularkan dirinya sebelum ini.

Natty mengalami keadaan genetik luar biasa yang menyebabkan pertumbuhan bulu berlebihan dikenali sebagai Sindrom Ambras atau ‘Werewolf Syndrome’ yang hanya diketahui dihidapi oleh 50 orang.

Natty dinamakan sebagai remaja paling berbulu di dunia oleh Guinness World Records pada 2010. -fotoFB

Dia menerima rawatan laser ketika masih kanak-kanak, tetapi proses itu tidak berjaya dan bulunya terus tumbuh.

Bapanya, Samrerng mendedahkan kepada media bagaimana wajah Natty, 17, tidak lagi berbulu.

Katanya, penawar kepada sindrom itu masih belum diperolehi, tetapi ia bulu-bulu dibuang dengan hanya mencukurnya, lapor Morning News.Natty bersama pasangannya. -fotoFB

Profil Facebook Natty yang terbuka kepada umum menunjukkan bahawa dia telah berkahwin dan lamannya dipenuhi dengan gambar bersama pasangan selain posting kata-kata cinta.

Walaupun berdepan cabaran, termasuk dibuli ketika zaman kanak-kanak, Natty sentiasa dikenali kerana sikap positifnya.

Dia sebelum ini memberitahu Guinness World Records: “Saya tak rasa berbeza dengan orang lain dan saya mempunyai ramai kawan di sekolah. Berbulu membuatkan saya istimewa.”

mstaronline

.

Budak Zaman Sekarang, Tak Reti Malu! Depan Kedai Makan Pun Jadi!

Makin teruk ke akhlak generasi sekarang? Buktinya mereka boleh selamba sahaja membuat maksiat di depan orang ramai, depan kedai makan pula tu.

Gambar yang dimuat naik di laman Instagram Ryzalsyahputra ini sudah cukup buat sesiapa pun sakit mata!

Menurutnya, kejadian berlaku di SS15 Subang Jaya ketika dia sedang menjamu selera bersama anak buahnya.

Disebabkan dindingnya adalah cermin, nampak jelas sepasang kekasih yang sedang asyik bercumbuan.

“Hangin seluruh badan aku, bukan sikit-sikit punya cium, dahlah pakai baju sekolah!” tulisnya.

Tak berhenti di situ, selepas dihalau oleh pengawal keselamatan di situ pun mereka masih tak peduli.

Bila ditanya, “Melayu ke?”, budak lelaki tersebut hanya mengangguk-anggukkan kepala dan sambung lagi aksi terlampau tadi di hujung sebelah sana pula!

Netizen yang membaca kisah ini punya pendapat masing-masing, kebanyakannya marah dan kecewa dengan sikap remaja terbabit.

Sebagai ibu bapa, eloklah kita luangkan lebih waktu dalam memantau perlakuan anak-anak. Sedihnya bila nafsu dah menguasai akal, macam binatang pula boleh berasmara di mana sahaja

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *