Wanita Cantik Ni Tunjukkan Cara Nak Buat Air Rebusan Ketatkan Miss V. Ibu-ibu Mesti Cuba!

Wanita Cantik Ni Tunjukkan Cara Nak Buat Air Rebusan Ketatkan Miss V. Ibu-ibu Mesti Cuba!

Kecantikan yang sempurna bagi seorang wanita yang telah berkahwin bukan sahaja terletak pada luaran dengan kulit wajah yang mulus dan cantik dipandang. Akan tetapi turut perlu memberi perhatian yang lebih pada kecantikan dalaman khususnya pada bahagian intim.

Apa yang pasti, miss v atau faraj longgar dan berbau adalah sesuatu yang sangat ingin dihindarkan oleh semua wanita yang telah berkahwin. Keadaan ini boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri dan sekali gus membuatkan rasa tidak selesa.

Sebenarnya merawat dan menjaga daerah kewanitaan kita tidaklah sukar asalkan kita tahu caranya. Malah orang kita juga ‘kaya’ dengan petua lama tentang penjagaan dalaman wanita ini.

Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Nur Farah dan dia turut berkongsi bagaimana cara untuk menghasilkan minuman herba istimewa yang berfungsi untuk mengetatkan miss v di fbnya. Ternyata wanita ini nampak begitu cantik di luar dan pastinya kesihatan dalamannya juga hebat! Oleh itu, jom kita semak cara-cara penyediaannya untuk info bersama.

“Tip penjagaan miss v untuk memastikan miss v sentiasa ketat dan segar sepanjang hari senang jer. Boleh buat kat dapur sendiri.”

Air Rebusan Manjakani & Daun Sirih

Bahan-bahan :

21 helai daun sirih

Manjakani

Cara penyediannya:

Daun sirih dicuci bersih dan kemudian direbus dalam kiraan ganjil. Biasanya saya rebus 21 helai atau 23 helai.
Rebus di dalam air lebih kurang 1 liter. Kecilkan api dan rebus sampai air tersebut tinggal sedikit.
Ambil manjakani dan basuh dahulu. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan daun sirih apabila air dah tinggal separuh.
Masa kacau daun sirih, hati-hati dengan manjakani. Jangan kacau sampai manjakani tersebut pecah. Kalau pecah, air rebusan akan menjadi pahit dan memang tidak boleh minum.
Bila telah siap, tos kan air tersebut dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama. Anda hanya perlu minum separuh cawan setiap hari.

SELAIN minum anda juga boleh ambil air rebusan manjakani dan sirih untuk mencuci miss V agar segar sepanjang hari.

Sumber : Nur Farah

.

Simpan Doa Ini Untuk Digunakan Bila Perlu. Doa Memohon Agar Dipulangkan Barang yang Dicuri!

Bismillah…

Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.

Dulu-dulu Semasa di asrama selalu juga terkena. Hilang selipar sebaik solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.

Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan paling saya terkilan dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh penghuni dalam rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yang putus menunggu dibawa ke kedai emas.

Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu, saya akan berasa sangat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yang mengambil tu. Allahu.

Bukan tak redha…Tapi perbuatan tu sangat bodoh dan orang yang tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macamtu.

Saya yakin dia sekarang sedang menanggung azab menyimpan barang curi sebab saya tidak lagi tinggal di situ dan dia pun dah tak boleh cari saya lagi.

Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan. Jauh di sudut hati, moga ada bantuan Allah untuk kembalikan semula rantai emas yang terukir nama saya tu.

Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar untuk mengembalikan barang yang dicuri.

1) Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut. (Bukan untuk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam, bayangkan sahaja wajah orang secara umum.

2) Baca ayat dari surah Ar-Ra’d ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelumtu, maafkanlah semua orang termasuk si pencuri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut dikembalikan.  Insya Allah, dengan izin Allah barang tersebut akan kembali dipulangkan.

Nampak macam magic, ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh menafikannya. Kalau Allah ‘kata’ jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendaknya. Kita hanya berikhtiar. Lagipun Allah dah pesan doa orang teraniaya mudah didengari dan ditunaikan.

Paling pasti, kena yakin dengan Allah.

Yang mencuri tu pun Senipis-nipis iman dia, dia akan rasa tangkai hatinya ‘dicuit’ dosa. Doakanlah…

Sumber: Dhiya Dahlia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *