KISAH 7 PEMUDA TERTIDUR 300 TAHUN (DALAM SURAH AL-KHAFI)

KISAH 7 PEMUDA TERTIDUR 300 TAHUN (DALAM SURAH AL-KHAFI)

Pada zaman dahulu kala, ada 7 orang pemuda yang beriman teguh pada Allah SWT. Raja dalam negeri tersebut ialah Raja Daqyanus. Beliau memaksa rakyat-rakyat beliau supaya menyembah berhala, tetapi 7 orang pemuda itu tidak mahu mengikut perintahnya. Lalu raja itu mengancam akan membunuh mereka kalau tidak mahu menyembah berhala.

Tetapi mereka tetap berpegang teguh pada agama mereka dan tidak mahu menyembah berhala meskipun akan dihukum bunuh. Kemudian, mereka meninggalkan negeri tersebut dan melarikan diri bersembunyi di dalam sebuah gua agak jauh dari negeri tersebut. Di tengah jalan, mereka diikuti oleh seekor anjing, mereka cuba mengusir anjing tersebut tetapi anjing itu terus mengikuti mereka.
Setelah mereka sampai di gua yang dituju, masuklah mereka ke dalamnya sementara anjing yang menjaga mereka menjaga pintu mereka. Di sini, mereka menghabiskan masa dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Akhirnya mereka ditidurkan oleh Allah senyenyak-nyenyaknya sehingga tidak mendengar sesuatu apa pun. Maka, tidurlah mereka di dalam gua itu selama 300 tahun.

Sementara itu, Raja Daqyanus yang memaksa rakyatnya menyembah berhala itu telah mati dan telah digantikan dengan raja yang kemudiannya. Akhirnya, negeri itu diperintah oleh seorang raja yang beriman kepada Allah SWT dan berlaku adil terhadap rakyatnya.

Pada masa itu, terjadi perselisihan faham dalam negeri tersebut tentang hari kebangkitan(hidup kembali sesudah mati untuk menerima balasan Yang Maha Adil dari Allah SWT). Ada di antara mereka yang mempercayainya, ada rakyat yang mengingkarinya. Lalu, raja itu meminta pada Allah SWT supaya menerangkan jalan kebenaran bagi rakyatnya.

Dengan kehendak Allah SWT, tidak lama kemudian salah seorang pengembala kambing raja tersebut telah merobohkan tutupan lubang gua itu di mana tempat 7 orang pemuda itu tertidur. Pengembala yang hendak membuat tempat kandang kambingnya telah menyebabkan mereka tersedar dari tidur.

Kata salah seorang daripada mereka “Berapa lamakah kita tidur disini?”. Kata yang lain, “Allah lebih tahu berapa lama kita tidur di sini”. Kemudian mereka mengutuskan seorang teman mereka pergi ke dalam kota negeri tersebut untuk membeli makanan dengan wang perak yang dibawa bersama ke dalam gua tersebut, seraya berkata, “Pergilah membeli makanan yang enak dan bawa ke mari serta hendaklah berlaku lemah lembut supaya tiada orang yang mengetahui keadaan kita disin. Jika mereka mengenal kita, sudah tentu mereka akan merejam kita dan memaksa untuk memeluk agama mereka”.

Setelah pesuruh itu masuk ke dalam kota itu, lalu dibelinya makanan dan dibayar dengan wang perak tersebut keluaran buatan Raja Daqyanus itu. Apabila penjual itu mendapat wang simpanan raja dahulukala itu, maka dibawa nya pesuruh itu menghadap raja. Setelah raja melihat wang lama tersebut, maka ditanyanya, “Dari mana kamu dapat wang ini?” sahut pemuda itu, “Wang ini kami bawa dari kota ini sebelum kami melarikan diri ke dalam gua kerana takut dibunuh oleh Raja Daqyanus kerana kami tidak mahu menyembah berhala.” Raja itu bertanya lagi, “Dimana gua kamu duduki itu?”.

Maka dijawab pesuruh itu,”Tempatnya di sebelah sana.” Kemudian raja itu pergi bersama pembesar-pembesarnya ke gua tersebut dan ditemani oleh pesuruh tadi. Tatkala raja dan pembesarnya melihat hal ehwal 7 orang pemuda itu serta seekor anjing, mereka berasa sangat takjub dan hairan kerana Raja Daqyanus itu telah mati 300 tahun dahulu. Ini bermakna mereka telah tertidur selama lebih 300 tahun di dalam gua itu.

Dari peristiwa itu, mereka mendapat dalil dan keterangan, bahawa Allah SWT berkuasa menghidupkan orang yang telah mati untuk dibalas dan diadili atas segala perbuatannya di atas dunia ini. Kerana apabila Allah SWT berkuasa menidurkan 7 orang pemuda itu selama 300 tahun, kemudian dibangunkan kembali, tentu Allah SWT berkuasa pula menghidupkan orang mati pada hari kiamat. Kemudian pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat tinggal kepada raja, lalu mereka kembali ke tempat tidur masing-masing.

Ketika itu, Allah SWT mewafatkan mereka semua. Maka dengan rasa terharu, raja tersebut mengkafani mereka semua dengan kainnya sendiri dan dimasukkan ke dalam peti, lalu dikuburkan disitu. Dan kemudian dibuat kan masjid di pintu gua itu sebagai memperingati pemuda-pemuda itu.

Kredit: Humanmind.com

.

“Tolong Doakan Anak Saya Sembuh,”. Walaupun Doktor Bagi Ubat Tapi Masih Melarat. Bahaya Semut Charlie. Berjaga-Jaga Semua!

KUALA LUMPUR – “Cepat sembuh Syara Eryyna. Mama, Abii dan Elman rindu kakak Syara lari-lari dalam rumah, gelak sama-sama, dengar kakak menyanyi kuat-kuat,” demikian luah Fara Fauzan Ramizun di Facebooknya

Menurut Fara, pada awalnya muncul bintik-bintik kecil seperti ruam di kaki anak perempuannya itu.

“Saya sapu Calamine Lotion sebab ingatkan ruam. Keesokkannya bintik-bintik itu semakin timbul. Bawa ke klinik, doktor beri ubat sapu tetapi masih tak pulih dan semakin melarat. Terus bawa ke hospital dan doktor bagi ubat makan dan sapu,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti dari mana anaknya terkena semburan racun semut Charlie itu. Namun tidak menolak kemungkinan bahawa ia berlaku di kawasan rumah dan di dalam rumahnya sendiri.

“Dah berapa hari dia terlantar tidur saja. Nak letak ubat pun menangis menahan sakit. Kasihan,” katanya.

Fara memaklumkan bahawa doktor telah mengesahkan keadaan kaki anaknya begitu berpunca dari semut Charlie. Syara juga dimasukkan ke wad untuk pemantauan pihak hospital.

doktor telah memecahkan gelembong air di kaki Syara dan dicuci menggunakan air antibiotik. Proses itu menyebabkan mangsa merenggek kesakitan dan menangis.

Rabu lalu, Syara telah dibenarkan pulang ke rumah, namun masih perlu datang ke hospital untuk mencuci luka.

“Alhamdulillah, Syara sudah discharge. Cuma perlu datang ke hospital setiap hari untuk cuci luka. Syara sudah cuba berjalan perlahan-lahan,” kata Fara.

Pada hari yang sama, Fara juga berjaya mengesan sejumlah semut Charlie di koridor rumahnya dan meminta pihak bertanggungjawab datang untuk membuat semburan bagi menghapuskan semut Charlie tersebut. – The Reporter

.

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:

Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Membaca Surah Al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa surah Al Kahfi ini akan melindungi manusia dari fitnah Dajjal. Caranya dengan membaca dan menghafal beberapa ayat di dalam surah ini.

Sering dikatakan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93).
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.

Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?…” Qs. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)

Oleh karena itu, Rasulallah Salallahu ‘alaihi waa Sallam selalu beristi’dzah (meminta perlindunagn kepada Allah) dari empat perkara dalam shalat, yaitu: Fitnah Agama (dalam kisah ashabul kahfi), Fitnah Harta (dalam kisah dua pemilik kebun), dan Fitnah Kekuasaan (dalam kisah raja Zulkarnain).
Karena itu dalam sebuah riwayat di anjurkan membaca surah Al-Kahfi bagi orang yang menemui masa-masa dajjal berkuasa.

“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud). (anj/R02)

.

Mengerikan! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang!

1. The Carib

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Nama suku inilah yang menjadi sebutan untuk orang yang memakan orang lain. Ini diketahui merupakan suku pertama di dunia yang melakukan amalan kanibalisme.

Oleh para pelaut biasa disebut “The Carib people of the Lesser Antilles”. Nama ini diberikan oleh colombus dalam catatannya dengan menyebut nama “caniba” (yang merupakan kata lain dari Kariba yang artinya “orang yang memakan orang”).

Para suku karibia ini biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya, namun semenjak kemasukan agama Kristian ke sana, perlahan-lahan budaya itu mula hilang.

2. The Aztec

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Suku aztec tidak diragukan lagi sebagai suku yang paling brutal sebelum ditemukannya benua Amerika oleh Colombus.

Mereka melakukan ribuan pengorbanan yang menggunakan manusia tiap tahunnya. Korban biasanya dicabut jantungnya yang masih dalam keadaan berdetak selagi hidup.

Lalu tubuhnya dijadikan masakan untuk dimakan beramai-ramai.

3. The Native Americans

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Pada masa awal penaklukan benua Amerika, banyak sejarahwan bercerita bahawa suku-suku Indian di Amerika melakukan amalan kanibalisme.

Walaupun sekarang masih jadi perdebatan, banyak yang mengaku mempunyai bukti amalan kanibalesme oleh suku-suku Indian.

Contohnya suku Indian Karankawa di Texas, pada tahun 1768 seorang pendeta yang berasal dari Sepanyol menyaksikan dan merakam ritual yang dilakukan Karankawa kepada musuhnya yang didera.

Mereka mengelilingi korban tersebut dan secara bergantian memotong kulit / daging korbannya lalu memakannya di depan mata korbannya.

4. The Africans

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Benua ini mungkin merupakan benua yang masih melakukan amalan kanibalisme sampai saat ini.

Walaupun secara mata kasar tidak pernah terlihat, banyak saksi mata melaporkan adanya aktiviti perdagangan organ tubuh manusia di sana.

Disertai bukti, banyak warga pendatang yang hilang semasa bercuti @ melancong di sana. Biasanya penculikan dilakukan oleh geng-geng jenayah.

Disebutkan juga, pada saat perang Congo ke-2 dan perang saudara di Liberia dan Sierra Leone, sering terjadi aksi kanibalisme di sana.

5. Fiji

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Budaya kanibalisme juga diketahui telah merebak di kawasan Polinesia dan Melanisia.

Fiji diketahui sebagi pulau para kanibalisme. Seorang kepala suku Fiji mengakui telah memakan 875 orang dan sangat membanggakannya

6. The Korowai

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Suku Korowai di Papua, Indonesia diketahui sebagai suku yang masih belum pupus di dunia dan melakukan kanibalisme hingga saat ini.

Mereka biasanya memakan anggota sukunya yang disyaki sebagai penyihir. Biasanya mereka memakan otaknya selagi masih dalam keadaan hangat. Kediaman mereka biasanya berada di atas pokok yang tinggi yang berguna untuk melindungi diri dari musuh-musuhnya.

7. The Maori

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Suku maori di New Zealand merupakan suku kanibal yang pernah terdokumentasikan dengan sangat baik.

Kanibalisme sudah menjadi sebahagian dari kebudayaan Maori dan mereka tidak pernah berhenti memakan musuhnya. Ketika kapal Inggeris, The Boyd, berlabuh dan para awaknya membunuh anak dari kepala suku Maori, para pejuang suku Maori membalas dendam dengan membunuh dan memakan 66 awak kapal tersebut. Kejadian ini yang akhirnya terkenal sebagai “body massacre”

.

Hukum Suami Mengaku Bujang, Jangan Ambil Ringan Perkara Ni!…

Hukum Suami Mengaku Bujang, Jangan Ambil Ringan Perkara Ni!…

Adakah jatuh talak atau tidak sekiranya seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri mengaku bujang?

Berikut disertakan beberapa contoh :

– Bila ditanya suami itu olih seseorang : “adakah kamu sudah beristeri?” lalu dijawabnya : “saya belum beristeri.”

– Seorang suami yang menghantar isterinya balik bercuti ke kampung lalu berkata suami tersebut : “abang jadi orang bujang la seminggu.”

– Seorang wanita berkata kepada lelaki yang sudah beristeri yang baru dikenalinya : “awak sudah kawin atau belum sebenarnya ?” jawabnya : “saya belum kawin”

– Seorang suami ditanya olih kawannya : “kemana isteri awak lama saya tidak nampak dia.” lalu suami itu menjawab :”saya sekarang seorang duda.”

Maka semua jawapan suami seperti contoh di atas tidak menjatuhkan talak kerana lafaz “saya belum beristeri”, “saya bujang”, “saya belum kawin” dan “saya duda” yang tersebut bukan lafaz talak sarih (yang jelas).

Tetapi jika suami tersebut berniat talak ketika melafazkan semua lafaz seperti contoh di atas maka jatuh talak menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama fiqh kerana ia termasuk lafaz talak kinayah (sindiran) artinya lafaz talak yang hanya sah jika berserta dengan niat talak.

Manakala sebahagian ulama fiqh yang lain mengatakan ia tidak termasuk lafaz talak kinayah maka sekalipun berniat talak tidak jatuh talak dan ia dikira lagha tidak ada makna.

Rujukan :

Berkata Imam Syairazi :

وَإنْ قَالَ لَهُ رَجُلٌ: أَلَكَ زَوْجَةٌ ، فَقَالَ: لاَ، فَإنْ لَمْ يَنْوِ بِهِ الطَّلاَقَ، لَمْ تُطَلَّقْ؛ لأَنَّهُ لَيْسَ بِصَرِيحٍ، وَإنْ نَوَى بِهِ الطَّلاَقَ، وَقَعَ؛ لأَنَّهُ يَحْتَمِلُ الطَّلاَقَ. إهـ

Artinya : “dan jika bertanya kepadanya olih seseorang : adakah kamu mempunyai isteri? Maka dijawabnya : tiada. Maka jika tidak berniat ia akan talak dengan lafaz tersebut maka tidaklah jatuh talak dari kerana lafaz itu bukan lafaz yang jelas. Dan jika ia berniat talak dengan lafaz tersebut maka jatuh talak dari kerana ia bolih dipakai makna talak.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam Nawawi :

وإن قال له رجل : ألك زوجة ؟ فقال : لا، ونوى به الطلاق كان طلاقا. قال في الفروع : ويحتمل أن لا يكون كناية ولا صريحا، والأول هو المشهور لأنه يحتمل الطلاق. إهـ

Artinya : “Dan jika berkata kepadanya olih seseorang : Adakah bagi kamu isteri? Maka berkata ia : Tiada. Dan dia berniat talak dengan kata-katanya itu maka berlaku talak. Tersebut di dalam kitab Furu’ : Ditanggungkan bahawa lafaz tersebut bukan lafaz talak yang jelas dan bukan juga lafaz talak sindiran. Pendapat pertama yaitu ia termasuk lafaz talak kinayah ialah pendapat yang masyhur dari kerana ia bolih jadi bermakna talak.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

– Tidak jatuh talak jika suami mengaku bujang atau belum kawin atau belum beristeri atau duda atau yang semakna dengannya jika suami tersebut tidak berniat talak ketika melafazkan kata-kata tersebut.

– Bermain-main dengan lafaz talak atau seumpamanya adalah tidak disukai syara’.

– Sekalipun tidak jatuh talak, berbohong adalah perbuatan yang berdosa disisi syara’.

Wallahua’lam

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) 

.

Jika anda selalu menonton televisyen atau menonton video di youtube pasti setiap hari anda akan melihat wajahnya dalam iklan Trivago. Gadis Trivago atau “Talent Trivago” ini sebenarnya bukan calang-calang orang.

Personaliti tinggi lampai atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro.

Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012.

Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan beerti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhenti di situ.

Sekarang gadis ini dikenali sebagai “Miss Trivago”. Setiap hari pasti muncul wajahnya di dalam iklan-iklan Trivago di televisyen mahupun di internet.

Dahlia Shawzwan merupakan pengacara rancangan Hlive/PmLive di Astro Ria.

Beliau telah berkahwin pada 23 Julai 2016 dengan anak kepada Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Datuk Ismet Suki. Suaminya, Shafiq Ismet merupakan seorang eksekutif pemasaran.

Apa yang menarik semasa perkahwinan, mereka mendapat tajaan mencecah RM10 juta untuk majlis pra perkahwinan, pernikahan dan persandingan.

Boleh follow Dahlia Shazwan di instagram – Instagram Dahlia Shazwan

Berikut di bawah adalah biodata penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan.

Biodata Penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan

Nama penuh: Dahlia Shazwan binti Mohd Amin

Nama Komersil: Dahlia Shazwan

Tarikh Lahir: 1 Jun 1988

Asal: Kuala Lumpur

Status: Berkahwin

Pendidikan: Merupakan graduan jurusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Suami: Shafiq Ismet

Sumber : Nukilan cerita kita

Kisah Taki Takazawa, Mantan Gangster Yakuza yang Kini Menjadi Imam Di Jepun, Penuh Inspirasi!

Kisah Taki Takazawa, Mantan Gangster Yakuza yang Kini Menjadi Imam Di Jepun, Penuh Inspirasi!

Seorang mualaf dari Jepun bernama Taki Takazawa ini ternyata mantan tukang tato yakuza di Jepun. Yakuza (やくざ atau ヤクザ) atau gokudō (極道) adalah nama dari sindikat terorganisir di Jepun. Organisasi ini sering juga disebut mafia Jepun.

Pria yang tadinya penuh tato di tubuhnya telah melewati proses menjadi lebih baik ketika masuk ke agama Islam.

Sebelumnya Takazawa bangga dengan gaya rambut dan selalu menggunakan baju lengan pendek sambil memamerkan tatonya. Islam telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Gaya rambutnya di ubah menjadi pendek dan sekarang ditutupi dengan sorban. Semua tato masih ada tetapi ditutupi oleh baju lengan panjang .…

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

Setelah mengucapkan dua kalimat syahadat Takazawa mengubah namanya menjadi Sheikh Abdullah Taqy Takazawa. Takazawa sebelum masuk agama Islam telah mempelajari berbagai agama.

Akhirnya Takazawa menemukan jati dirinya setelah masuk agama Islam. Setelah menjadi mualaf Takazawa melakukan dakwahnya. Takazawa melakukan haji di Makkah atas undangan dari pemerintah Arab Saudi pada tahun 2008 . Lalu Takazawa melanjutkan studinya di Arab.

Saat studi Takazawa berdakwah tentang agama Islam dan menerima beasiswa.Setelah studinya di Arab, Takazawa diangkat menjadi Imam di sebuah masjid di daerah Kabukicho,Tokyo. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Menangguh solat : Apa alasanmu?

“Sibuklah , aku sedang buat kerja rumah. Banyak betul. Kadang – kadang tu sampai tak sempat nak solat. Nanti – nantilah tunggu ada masa!” Mudahnya beri alasan. Senang beri dalih. Sibuk sangatkah ? Hinggakan ia merantai dirimu untuk melaksanakan ibadah yang wajib ?

Sahabatku,
Solat lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi setiap muslim. Solat juga tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Oleh itu tidak wajar jika engkau beralasan sibuk kerja atau apa sahaja sebagai halangan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Sedarlah temanku, 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang akan lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya : “Dan dirikanlah solaty untuk mengingatiKu.” ( Riwayat Bukhari ).

Solat merupakan tiang agama, wahai saudaraku. Sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia menegakkan agamanya. manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

Besarnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan sebarang alasan untuk kita abaikan ibadah ini. Dalam sakit, apatah lagi sihat, dalam apa sahaja cuaca dan tempat, solat tetap wajib ditunaikan. Hatta jika terlupa sekalipun, apabila sudah teringat, wajib kita menunaikannyua atau menggantikannya dengan kadar segera.

Wahai kawan yang dikasihi Allah,
Sebenarnya saudaraku, solat itulah waktu kamu bermunajat, bertemu Allah, berhubung terus denganNya, merintih, menyeru dengan berdoa, mengharap, merenung dan menginsafi, mengkoreksi diri, membina keimanan dan segala – galanya. Solat itulah tanda syukurmu padaNya.

Solat jualah bukti asas dirimu tunduk pada tuhan yang esa. Tidak mensyirikkannya. Jadi bila ada dalam jiwamu yang lebih penting daripada seruan solat menghadap ilahi, maka bibit – bibit syirik itu mula menodai hatimu yang suci. Nauzubillah.

Usrah ini menyeru dirimu, bangkitlah segera melaksanakan kewajipan utama ini, sementara hayatmu masih dikandung badan.

Sumber : mediagempak via tingkapnako

.

6 Makhluk Yang Akan Muncul Sebelum Akhir Zaman Atau Sebelum Kiamat. NO 4 Tu Paling Ngeri!

Makhluk yang akan muncul pada akhir Zaman Dilihat dalam kamus bahasa, maka kita akan menemukan istilah “buraq” yang diartikan sebagai “Binatang kendaraan Nabi Muhammad Saw”,Binatang ini berbentuk seperti kuda bersayap kiri dan kanan.

Dalam pemakaian kata umum, “buraq” itu berarti burung cendrawasih, yang oleh kamus diartikan dengan burung dari surga (bird of paradise)..Saat ini, kita akan membahas tentang Makhluk Yang akan muncul Pada Akhir Zaman dan berikut Inilah makhluk makhluk yang akan muncul pada saat akhir zaman.

Dabbat al-Ard

Akhir Zaman , Misteri Dunia ,kiamat

Dabbat al-Ard adalah sebuah nama yang berarti binatang buas (monster) yang muncul dari perut bumi. Dalam Islam binatang ini masuk sebagai salah satu tanda sebelum datangnya Hari Penghakiman.

Binatang melata ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, setelah peristiwa Matahari terbit dari Barat, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.

Dabbat al-ard ini akan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman. Ibnu Jurayj mengatakan bahwa Ibnu Zubair menjabarkan binatang ini dengan rinci, “Kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa jantan, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warna kulitnya seperti warna kulit harimau, panggulnya seperti panggul kucing, ekornya seperti ekor biri-biri jantan dan kakinya seperti kaki unta. Di antara sepasang persendiannya sejarak 12 ukuran garis lurus.

Ya’juj dan Ma’ju

Akhir Zaman , Misteri Dunia ,kiamat

Ya’juj dan Ma’juj adalah sebutan dari suatu bangsa yang muncul pada akhir zaman, yang memiliki kekuatan sebagai perusak dan penghancur kehidupan di muka bumi. Kisah tentang kaum ini terdapat dalam ajaran agama Yahudi, Kitab Kejadian umat Kristen dan kitab suci umat Islam, Al-Qur’an.Mengenai sekelompok manusia Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi religius digambarkan dalam istilah yang ambigu (tidak jelas).

Ada yang menyebutnya sebagai bentuk manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara.

Ya’juj dan Ma’juj adalah dua bangsa yang sangat besar jumlahnya. Mereka masih keturunan Adam, sebagaimana di jelaskan dalam hadits shahih Bukhari dan Muslim. Walaupun mereka dari jenis manusia keturunan Adam, namun mereka memiliki sifat khas yang berbeda dari manusia biasa.

Ciri utama mereka adalah perusak dan jumlah mereka yang sangat besar sehingga ketika mereka turun dari gunung seakan-akan air bah yang mengalir, tidak pandai berbicara dan tidak fasih, bermata kecil (sipit), berhidung kecil, lebar mukanya, merah warna kulitnya seakan-akan wajahnya seperti perisai dan sifat-sifat lain

Imam Mahdi

Akhir Zaman , Misteri Dunia ,kiamat

Imam Mahdi atau Muhammad al-Mahdi, “Seseorang yang memandu” adalah seorang muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadist di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad), nama ayahnya pun sama seperti nama ayah Nabi Muhammad SAW yaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama persis dengan Rasulullah SAW yaitu Muhammad bin Abdullah.

Dalam hadist yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. emasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kedzaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuat Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Dajal

Akhir Zaman , Misteri Dunia ,kiamat

Dajal adalah seorang tokoh kafir yang jahat dalam Eskatologi Islam, ia akan muncul menjelang Kiamat. Dajjal pembawa fitnah di akhir zaman, menurut Al-hadits, Nabi Muhammad SAW bersabda: “”Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal” Nabi Muhammad SAW mengingatkan para pengikutnya untuk membaca dan menghafal sepuluh ayat pertama dari Surat Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal, dan kalau bisa berlindung di kota Madinah dan Mekkah, karena Dajjal tidak akan pernah bisa masuk kota tersebut yang dijaga oleh para malaikat.

Rasulullah juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari bencana Dajjal.” Dia juga menyatakan tidak ada musibah yang lebih hebat daripada bencana yang ditimbulkan Dajjal sejak penciptaan Nabi Adam hingga Hari Kebangkitan.

Azazil

a5d7a64da821b98cf97f7440e819fffb

Azazil adalah nama asli dari Iblis yang merupakan bapak dari bangsa jin,sedangkan pendapat lain mengatakan bahwa nama asli Iblis adalah al-Harits.

Menurut syariat Islam `Azazil adalah pemimpin kelompok syaitan dari kalangan jin dan manusia. Menurut keyakinan agama Islam bahwa sebelum diciptakannya Adam, Azâzîl pernah menjadi Imam para Malaikat (Sayyid al-Malaikat) dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Surga) Sebelum dilaknat oleh Allah, Azazil memiliki wajah rupawan cemerlang, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, terbanyak dalam hal ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyyuun dan masih banyak lagi.

Setelah ia enggan untuk bersujud kepada Adam, Allah mengubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan menjadi bentuk seperti babi hutan.

Allah mengubah kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.

Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai. Azâzîl diberi umur hingga hari akhir kiamat. Dengan janji untuk menyesatkan manusia sebanyak mungkin dan menemaninya di neraka Jahannam kelak.

Anqa’

Akhir Zaman , Misteri Dunia ,kiamat

Anqa’ adalah seekor burung besar misterius dalam mitologi Islam. Burung itu disebutkan namanya dalam buku karya Zakariya al-Qazwini yang berjudulʿAja’ib al-Makhluqat wa-Ghara’ib al-Mawjudāt (Makhluk-makhluk Ajaib dan Hal-hal Aneh yang Ada). Burung raksasa ini pernah dikisahkan oleh al-Kisa’i, bahwa burung tersebut pernah ada pada zaman Nabi Hanzhalah dengan umatnya yang disebut Ashab ar-Rass, ia berhasil membunuh burung ini dengan cara meminta do’a kepada Allah Swt untuk mematikan dan memutuskan keturunannya.

Burung ini sering di identikkan dengan burung Simurgh dari Persia dan Phoenix dari Mesir kuno. Menurut manuskrip kuno berupa teks Arab kuno dari Timur Tengah, legenda burung kolosal ini dikisahkan memiliki tubuh sangatlah besar, sehingga sanggup membawa seekor gajah dengan cakarnya yang tajam.

Sumber-sumber kuno ini menjelaskan bahwa burung Anqaʾ pernah dipercaya sebagai makhluk mulia yang diciptakan oleh Tuhan. Al-Kisa’i mengisahkan bahwa burung ini tinggal di sebuah gunung tinggi yang bernama Gunung Falaj. Apabila burung itu terbang, maka ia sanggup menutup matahari seperti awan. Bulunya memiliki warna yang sangat banyak, lehernya seperti leher unta, memiliki empat sayap, dua panjang serta dua lagi ukurannya lebih pendek.

Begitulan Allah ciptakan makhluk dan keajaiban keajaiban pada akhir zaman, bahwa apa yang di firmankanNya merupakan bukti bukti kebenaranNya, semoga di berkahi.

Sumber : media2020

Inilah Ciri-ciri Mimpi Bertemu Rasulullah SAW…Subhanallah!!

Inilah Ciri-ciri Mimpi Bertemu Rasulullah SAW…Subhanallah!!

Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasallam adalah seorang yang sangat dicintai oleh umatnya, sehingga bagi orang yang mencintainya tentu akan ingin sekali bertemu dengan orang yang di cintai itu, meskipun kita tahu bahawa untuk saat ini tidak mungkin boleh kita bertemu Rasulullah, kerana kita hidup jauh sesudah beliau meninggal.

Namun tidak dinafikan bahawa kita boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekadar melalui mimpi. Kerana hal ini telah beliau sabdakan dalam Haditsnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Dalam Hadist diatas dijelaskan bahwa benar adanya kita boleh bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi dan dipastikan pula orang yang mimpi bertemu dengan Rasulullah itu adalah benar, kerana jika syaitan datang dalam mimpi kita, ia tidak mungkin boleh menyerupai wajah Rasulullah.

Namun kita perlu berhati-hati didalam mengakui kita telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah takut terjerumus hal kedustaan yang menyebabkan seseorang berdosa dan mendapat ancaman neraka seperti akhir hadis diatas ‘ Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.

Oleh itu melalui pendapat Ustaz Khalid Basalamah,beliau juga mengaku pernah bermimpi bertemu dengan nabi Muhammad SAW. Seseorang boleh mengenal orang yang hadir didalam mimpinya itu adalah Rasulullah SAW melalui ciri-ciri fizikal Nabi Muhammad yang dapat dikenalpasti melalui hadis.

Berikut adalah ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW melalui hadis

Hadis 1

Anas bin Malik berkata:

“Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun baju terlalu pendek. (Kulitnya) tidak putih pucat dan juga tidak sawo matang. (Rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Bagainda diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda menetap di Mekah (sebagai Rasul ) selama sepuluh dan di Madinah juga sepuluh tahun. Baginda di wafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala janggutnya.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Pada hakikatnya, Rasulullah menetap di Mekah selama 13 tahun. Maksud 10 tahun pada ayat ini adalah dikurangkan tiga tahun, iaitu tempoh masa wahyu tidak diturunkan buat sementara waktu.

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa’id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi’ah bin Abu Abdul Rahman yang bersumber dari Anas bin Malik.

Hadis 2

Anas bin Malik berkata:

“Rasulullah s.a.w adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, Warna kulit Baginda coklat. Jika berjalan pergerakkan condong ke hadapan”

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Humaid bin Mas’adah al Basri yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi dan bersumber Anas bin Malik.

Hadis 3

Al-Bara’ bin ‘Azib berkata:

“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya”.

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar al-‘Abdi daripada Muhammad bin Ja’afar daripada Syu’bah daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara’ bin ‘Azib.

Hadis 4

Al-Bara’ bin ‘Azib berkata:

“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga ke bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu baginda bidang. Beliau bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi”.

(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan daripada Waki’ daripada Sufyan daripada Abu Ishaq bersumber dari al-Bara’ bin ‘Azib.

Hadis 5

Ali bin Abi Talib berkata:

“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Bulu yang tumbuh di dada sehingga pusatnya lebat. Apabila baginda berjalan, pergerakkan condong ke hadapan seolah oleh sedang turun ke tempat yang rendah. Tidak pernah aku lihat yang standing dengan baginda sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda wafat)”.

(Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Hadis bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Ismail daripada Abu Nuaim daripada al-Mas’udi daripada Uthman bin Muslim bin Hurmuz daripada Nafi’ bin Jubair bin Muth’im bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Hadis 6

Ali bin Abi Thalib bercerita mengenai sifat Rasulullah:

“Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badanya tidak gemuk, bentuk tubuhnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitan pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badanya bersih dari bulu dan rambut, tetapi baginda mempunyai bulu lebat memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakkanya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah baginda sedang turun di lereng yang curam. Apabila baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruhnya badanya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatam nubuwah iaitu tanda kenabian bagi para nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rasulullah tidak pernah berkeluh kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan kaumnya). Beliau adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan, sesiapa yang melihatnya kali pertama, pasti akan menaruh hormat padanya. Sesiapa yang berkenalan dengan baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah akau melihat sesorang yang standing dengan baginda, sama ada sebelum kelahirannya ataupun sesudah baginda meninggal dunia”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad bin ‘Ubadah ad-Dhabbi al-Basri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja’afar Muhammad bin al-Hussein daripada Isa bin Yunus daripada Umar bin Abdullah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada anak lelaki Ali bin Abi Thalib yang bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Hadis 7

Ummu Hani binti Abu Talib berkata:

“Semasa pembukaan kota Mekah, Rasulullah s.a.w memasuki kota ini dengan rambut yang diikat empat”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, dan Ibn Majah)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Abi Umar daripada Sufyan bin Uyainah daripada Ibn Abi Najih daripada Mujahid daripada Ummu Hani.

PAKAIAN RASULULLAH S.A.W

Hadis 8

Ummu Salamah berkata:

“Pakaian yang paling di sukai oleh Rasulullah s.a.w adalah gamis”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar-Razi daripada Fadhal bin Musa. Diriwayatkan juga oleh Abu Tamilah dan Zaid bin Habab. Ketiga-tiga mereka menerima daripada Abdul Mu’min bin Khalid daripada Abdullah bin Buraidah yang bersumber daripada Ummu Salamah.

Hadis 9

Anas bin Malik berkata:

“Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hibarah”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Nasa’i)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar daripada Mu’adz bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah yang bersumber dari Anas bin Malik.

Hadis 10

Anas bin Malik berkata:

“Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukahri, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Nasa’i)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dan lebih seorang guru Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Wahab daripada Yunus daripada Ibnu Syihab yang bersumber daripada Anas bin Malik.

Selain itu dapat disimpulkan ciri-ciri fizikal Nabi Muhammad adalah seperti ini :-

Tubuh badan tinggi, besar,gagah
Putih sehingga pipi yang seperti kemerah-merahan
Bola matanya besar
Keningnya hitam dan tebal seperti busur panah
Bahunya lebar
Dadanya bidang
Hidungnya mancung
Memliki bibir,pipi dan dahi yang sepadan dengan wajah yang tidak terlalu lonjong dan bulat
Memiliki rambut tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus,yang berombak,panjang sehingga ketelinga atau bahu.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari).

Demikianlah Ciri-ciri Mimpi bertemu Rasulullah, namun perlu diingat bahwa tidak semua orang boleh bermimpi bertemu Rasulullah, hanya orang-orang pilihan yang boleh mimpi bertemu dengan Rasulullah tersebut.

Semoga kita terus melakukan dan mengamalkan sunnah dan ajaran Nabi Muhammad SAW agar dikurniakan keistimewaan bertemu Nabi Muhammad didalam mimipi.Amin

Wallahualam.

Berikut adalah penjelasan video oleh ustaz Khalid Basalamah mengenai mimpi bertemu Rasulullah :-

Sumber : detikperjuangan

Siapakah Para Pengikut Dajjal Di Akhir Zaman?

Siapakah Para Pengikut Dajjal Di Akhir Zaman?

DAJJAL sudah kita pahami bersama adalah fitnah terbesar di akhir zaman. Dajjal ini punya pengikut sebagaimana disebutkan dalam berbagai hadits yang shahih. Siapa saja mereka?

Pengikut Dajjal adalah dari Yahudi, non Arab dan bangsa Turk. Yang menjadi pengikutnya pula beraneka ragam, ada juga orang Arab dan wanita.

Beberapa riwayat yang membuktikan hal ini.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمُ الطَّيَالِسَةُ
“Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan (Iran) dan jumlahnya ada 70,000 orang dan mereka memakai thilsan (yang menutup bahu dan badan)” (HR. Muslim no. 2944).

Di kalangan orang Yahudi, Dajjal dikenali dengan Al Masih bin Daud (Lihat Al Yaumul Akhir-Al Qiyamatush Shugro, 244).

Syaikh Salim bin I’ed Al Hilali berkata, “Mengapa Nabi menyebutkan Yahudi Ashbahan (Iran) secara khusus ?! Jawabnya, kerana hubungan yang amat erat antara Yahudi dengan Syiah. Sejarah mencatat bahawa kaum Syi’ah sepanjang masa selalu membantu kaum Yahudi untuk menghancurkan kaum muslimin, tidak seperti yang sering digambarkan oleh media-media penyesat sekarang yang menggambarkan bahawa kaum Syi’ah mengusir Yahudi dan memerdekakan negara dari Yahudi. Demi Allah, semua itulah politik dan dusta “. (Kaset Syarh Ushul Sunnah Ahmad bin Hanbal no. 9)

Dalam hadis Abu Bakr As-Siddiq, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

“Dajjal itu keluar dari bumi sebelah barat yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit “. Kata Ibnu Kathir, “Nampaknya wallahu a’lam- mereka adalah bangsa Turk yang menjadi penolong Dajjal nantinya.” (An Nihayah Al Fitan wal Malahim, 1: 117).

Yang menunjukkan pula bahawa pengikut Dajjal adalah orang bukan Arab, dapat dilihat dari dua riwayat berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ التُّرْكَ قَوْمًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ يَلْبَسُونَ الشَّعَرَ وَيَمْشُونَ فِى الشَّعَرِ
“Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kaum muslimin memerangi bangsa Turk, iaitu kaum di mana wajah-wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit, mereka memakai (pakaian) yang terbuat dari bulu dan berjalan (dengan sandal) yang terbuat dari bulu” (HR. Muslim no. 2912).

Dalam riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمُ الشَّعَرُ ، وَحَتَّى تُقَاتِلُوا التُّرْكَ ، صِغَارَ الأَعْيُنِ ، حُمْرَ الْوُجُوهِ ، ذُلْفَ الأُنُوفِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

“Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian memerangi satu kaum yang sandal-sandal mereka terbuat dari bulu, dan kalian memerangi bangsa Turk yang bermata sipit, berwajah merah, hidungnya pesek, wajah-wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit” (HR. Bukhari no . 3587).

Namun pengikut Dajjal juga ada yang berasal dari bangsa Arab kerana kebodohan yang menimpa mereka. Sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Umamah yang cukup panjang, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَقُولَ لأَعْرَابِىٍّ أَرَأَيْتَ إِنْ بَعَثْتُ لَكَ أَبَاكَ وَأُمَّكَ أَتَشْهَدُ أَنِّى رَبُّكَ فَيَقُولُ نَعَمْ. فَيَتَمَثَّلُ لَهُ شَيْطَانَانِ فِى صُورَةِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَيَقُولاَنِ
يَا بُنَىَّ اتَّبِعْهُ فَإِنَّهُ رَبُّكَ
“Di antara fitnah Dajjal adalah, ia akan berkata pada orang Arab,” Bagaimana menurutmu jika aku membangkitkan ayah dan ibumu, lalu engkau bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu, apakah engkau mau? “” Iya, mau “, jawab orang Arab tersebut. Lalu dua syaitan menyerupai bentuk ayah dan ibunya lantas keduanya berkata, “Wahai anakku, ikutilah dia (iaitu Dajjal), kerana dia adalah Rabbmu”. (HR. Ibnu Majah no. 4077. Hadits ini shahih kata Syaikh Al Albani sebagaimana dalam Shahih Al Jami ‘no. 7875).

Adapun wanita, keadaan mereka lebih teruk daripada orang Arab yang dikisahkan di atas kerana mereka cepat terpengaruh dan ketidak tahuan yang menimpa mereka. Sebagaimana disebutkan dalam hadits Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda,

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

“Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sampai-sampai ada seorang yang pergi ke isterinya, ibunya, anak perempuannya, saudarinya dan bibinya kemudian mengikatnya kerana bimbang keluar menuju Dajjal”. (HR. Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).

Ditambah lagi yang menjadi pengikut Dajjal adalah kelompok Khawarij. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits berikut ini,

يَنْشَأُ نَشْأٌ يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيْهِمْ, كُلَّمَا خَرَجَ فَرْقٌ قُطِعَ حَتَّى يَخْرُجَ فِيْ أَعْرَاضِهِمْ الدَّجَّالُ

“Akan muncul suatu kelompok yang membaca Al-Qur’an tetapi tidak sampai pada kerongkong mereka. Setiap kali muncul, mereka dibasmi habis hingga keluar pada pasukan besar mereka Dajjal. “(HR. Ibnu Majah 174 dan dihasankan al-Albani dalam Ash-Shahihah 2455)

Jika kita sudah mengetahui bagaimana dahsyatnya fitnah Dajjal, dan siapa saja yang menjadi pengikutnya -barangkali kita pun boleh termausk kerana kejahilan dan lemahnya iman-, maka sudah barang tentu kita harus mengetahui bagaimanakah cara melepaskan diri dari fitnah tersebut. Moga boleh dilanjutkan pada tulisan selanjutnya dengan pertolongan Allah.

sumber islampos.com

.

Kenapa Selepas Nikah Kecantikkan Isteri Kalah Dibanding Wanita Lain? Ini Penjelasan Nabi..

Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Sheikh. Dia berkata:

“Ketika aku mengagumi calon isteri saya seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya saya lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun perkahwinan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada isteriku. ”

Sheikh berkata: أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمر !?

“Adakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami ketika ini!?”

Lelaki yang bertanya: “Ya, mahu.”

Sheikh: “Sekalipun engkau mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada wanita manapun.”

Lelaki yang bertanya itu tersenyum masam, lalu dia berkata: “Kenapa tuan Sheikh berkata demikian?”

Sheikh itu meneruskan: ليس الأمر في عرسك, وإنما هو في قلبك الطامع وبصرك الزائغ, ولا يملأ عين ابن آدم الا التراب

“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada isterimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata keranjangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah kubur. ”

Rasulullah bersabda:

لو أن لابن آدم واديا من ذهب أحب أن يكون له ثانيا, ولن يملأ فاه إلا التراب, ويتوب الله على من تاب <

“Andaikan anak Adam itu mempunyai lembah penuh berisi emas pasti dia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat “.

Lalu Sheikh itu bertanya, “Adakah engkau ingin isterimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?”

“Ya Sheikh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.

Syeikh: فاغضض بصرك, فإن من ارتضى بحلاله رزق الكمال فيه <

“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram … Ketahuilah, orang yang rasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barangan halal tersebut.

Semoga bermanfaat.

Sumber: fiqhmenjawab.net

Amalkan Doa Ini Untuk Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus, Jangan Lupa Sebarkan Artikel Ini!

Amalkan Doa Ini Untuk Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus, Jangan Lupa Sebarkan Artikel Ini!

Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus. Caranya mudah sahaja.

1- Beli 1 pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut.
2- Perahkan Limau [email protected] purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi.
Sebelum mandi anda baca:

1- Al-Fatihah 3x.
2- Al-Ikhlas 3x.
3- Dan Selawat 3x.
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula mandi dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah In Shaa Allah sembuh.

Semoga bermanfaat.

“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidi

.

Saya diperlihatkan di surga. saya memandang mayoritas penghuninya merupakan kalangan fakir. kemudian saya diperlihatkan neraka. saya memandang mayoritas penghuninya merupakan para perempuan. ” (hr. bukhari, 3241 dan juga muslim, 2737)

waspadailah sebagian watak pakar neraka yang notabene dicoba oleh kalangan perempuan. ada juga sebagian watak di antara lain bisa jadi pula kita miliki, astaghfirullah, semisal 4 watak berikut ini:

1. kufur terhadap suami

“saya diperlihatkan neraka. aku tidak sempat memandang panorama alam yang amat seram. dan juga aku memandang mayoritas penunggu neraka merupakan para perempuan. mereka bertanya, ‘kenapa wahai rasulullah saw? dia bersabda, disebabkan kekufurannya. kemudian terdapat yang mengatakan, apakah kufur kepada allah? dia menanggapi, ‘kufur terhadap pendampingnya, artinya merupakan mengingkari kebaikannya. bila kamu berbuat baik kepada salah seseorang perempuan sejauh tahun, setelah itu ia memandang kamu (sedikit ) kejelekkan. hingga ia hendak berkata, ‘saya tidak memandang kebaikan sedikitpun dari kamu. ” (hr. bukhari, nomor. 1052)

perempuan yang kufur pada suami merupakan dia yang senantiasa menyangka suaminya penuh cela dan juga ketiadaan. terlebih lagi ekstremnya, perempuan serupa ini sekalipun telah diberi 1000 kebaikan oleh suaminya, dia senantiasa terasa suaminya tidak sempat melaksanakan satu kebaikan juga padanya.

baca pula : perempuan harus waspada dengan penyakit ini efeknya dapat membikin kamu susah hamil

2. membicarakan aib teman / ghibah

bukankah banyak perempuan yang melaksanakan perihal ini tiap harinya? membicarakan keburukan sesama perempuan lain ataupun aib teman , jangan – jangan kita juga tercantum, astaghfirullah.

rasulullah shallallahi alaihi wasallam bersabda: “pada malam isra’ mi’raj, saya melewati sesuatu kalangan yang berkuku tajam yang dibuat dari tembaga. mereka mencabik – cabik muka dan juga dada mereka seorang diri. kemudian saya bertanya pada jibril” siapa merka? ” jibril menanggapi, “mereka itu suka memakan daging manusia, suka membicarakan dan juga menjelekkan teman , mereka inilah orang – orang yang gemar hendak ghibah! ” (dari abu daud yang berasal dari anas bin malik radiyallahu anhu)

3. perempuan pezina

sementara itu rasulullah telah menjamin surga untuk orang – orang yang dapat melindungi lisan dan juga kemaluannya, hendak namun senantiasa terdapat perempuan yang gemar berzina dan juga melampaui batasan. menggoda para laki – laki buat melaksanakan maksiat bersamanya, naudzubillah min dzalik.

“dan orang – orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta allah dan juga tidak menewaskan jiwa yang diharamkan allah (membunuhnya) kecuali dengan (sebab) yang benar, dan juga tidak berzina, barangsiapa yang melaksanakan demikian itu, tentu ia menemukan (pembalasan) dosa (nya) , (ialah) hendak dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan juga ia hendak kekal dalam azab itu, dalam kondisi terhina. ” (qs. al – furqan: 68 – 69)

4. perempuan yang memperlihatkan rambut/aurat pada pria tidak hanya suami

banyak perempuan yang besar hati diri kala dipuji kecantikannya, mereka menggunakan baju tipis, kurang olahan, ketat, yang menunjukkan keelokan badannya, perempuan serupa ini juga diancam tidak hendak sanggup mencium wangi surga.

“ada 2 kalangan manusia yang jadi penunggu neraka, yang sebelumnya saya tidak sempat melihatnya; ialah, sekelompok orang yang mempunyai cambuk serupa ekor sapi yang dipakai buat menyakiti umat manusia; dan juga perempuan yang membuka auratnya dan juga berpakaian tipis memicu berlenggak – lenggok dan juga berlagak, kepalanya digelung serupa punuk onta. mereka tidak hendak mampu masuk surga dan juga mencium baunya. sementara itu, bau surga mampu tercium dari jarak sekian – sekian. ” (hr. imam muslim)

( sumber: http:// www. viralmaya. id/2017/07/nauzubillah-inilah-sifat-wanita-ahli. html )

“Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan” – Adam Corrie

“Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan” – Adam Corrie

Hebatnya kejayaan seorang suami, kerana ada isteri seumpama bidadari yang kuat menyokong suami dari belakang. Begitulah indahnya perkongsian pelakon KL Gangster, Adam Corrie Lee Abdullah tentang peranan isteri dalam hidupnya.

Bagaimana bidadari hatinya itu, Fazema Mohd Fuad membantunya dalam berhadapan kesulitan membantu rakan-rakan yang kembali menerima Islam. Semoga perjuangan suami isteri ini diberi kemudahan oleh Allah.

Ikuti perkongsian Adam Corrie ini yang akan menjentik-jentik hati anda untuk menjadi bidadari terbaik di sisi suami.

Bidadari Saya Minta Dia Belajar Wudhuk Dulu

Saya berborak-borak dengan isteri saya tentang seorang saudara baru yang telah kembali fitrah lebih dari 10 tahun. Sudah berumahtangga dengan seorang wanita Melayu dan mempunyai anak.

Walaupun saya baru kenal beliau, tapi saya terasa bertanggungjawab tanya tentang solatnya dan pemakanannya sehari-harian.

Dia ada cakap hatinya tak tenang macam mana nak solat. Saya mengadu pada bidadari saya bagaimana nak bantu dia.

Sebab dalam kita nak suruh orang buat kebaikan kena ada caranya, tak boleh paksa-paksa, desak-desak.

Tambahan dia tak dapat contoh dari pasangannya yang solat itu wajib serta menunjukkan Islam itu mudah dan indah dalam kehidupan seharian mereka.

“Kesian dia, dia sudah kembali pada Islam tapi masih tak dapat nikmat keindahan Islam.”

Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan - Adam Corrie

Baca Doa Ini Ketika Wudhuk

Jadi bidadari saya bagi cadangan pada saya supaya mengajar dia ambil wudhuk dahulu. Ajar perkara yang mudah dahulu.

Bagitahu dia yang ketika ambil wudhuk, seperti basuh tangan boleh disertakan dengan berdoa dalam hati seperti “Ya Allah bersihkan tangan ku ini dari membuat perkara-perkara yang haram dan hanya membuat perkara yang membawa manfaat sahaja.”

Ketika basuh telinga boleh minta Allah jauhkan kita dari mendengar perkara-perkara yang mungkar. Dan bagilah telinga ini mendengar perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan yang berilmu sahaja.

Begitulah dengan kaki, doakan supaya kaki ini pergi mencari rezeki yang halal, berjuang di jalan Allah dan haramkan kaki ini dari pergi tempat-tempat maksiat.

Bidadari Saya sarankan saya suruh dia belajar ambil wudhuk dan buat setiap hari.

Lama-lama jika dia amalkan tentu dia rasa sesuatu.. kurang sesuatu.. iaitu solat. Biar dia belajar ingat Allah melalui ambil wudhuk dulu. Perlahan-lahan hatinya pasti ingin belajar solat.

Biar Lembut, Biar Sedikit, Lama-lama Terbit Rasa Sayangkan Allah

Bukan mudah nak ajak saudara baru kenal Allah.

Tapi itu memang dah tangggungjawab kita. Biar lembut.. biar sedikit.. lama-lama berkat kita sabar dalam dakwah ini. Dia akan sayang Allah lebih hebat dari yang kita sangka.

Sebagai pasangan ‘saudara baru’, tanggungjawabnya kita berat. Kalau kita tak ada usaha untuk berikan contoh pada pasangan kita. Dia akan terus hanyut.

Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan - Adam Corrie

Jika Saudara Baru Minta Dirahsiakan Syahadahnya..

Sepanjang saya dan bidadari saya terlibat dengan pengislaman saudara baru. Ada yang meminta syahadah mereka dirahsiakan dahulu. Hormati hak dan permintaan mereka.

Seperti saya, saya juga tidak war-warkan pengislaman saya. Tapi apabila ada yang perasan perubahan pada diri saya, baru saya mengaku saya sudah Kembali kepada FITRAH.

Sebenarnya ramai yang meminta dirahsiakan syahadah mereka. Antara sebab:

1. Empunya diri belum bersedia berhadapan dengan orang ramai sama ada yang Muslim, not yet Muslim dan non Muslim.
2. Takut ahli keluarga tidak boleh menerima diri mereka kerana sudah beragama lain.
3. Takut terima ancaman dari pihak yang tidak menyukai mereka yang telah syahadah.
4. Majikan yang seagama dulu akan berhentikan kerja / memulaukan mereka
5. Yang empunya bisnes, susah untuk dapat projek.

Jadi mereka perlukan masa untuk war-warkan pengislaman mereka. Apabila tiba masanya mereka akan umumkan sendiri atau lambat laun orang sekeliling akan sedari dengan perubahan diri mereka.

Jangan cepat buat andaian kalau alasan yang mereka berikan, anda rasa tak masuk akal.

Mereka masih baru dalam Islam.Sokongan dan pemahaman tentang Islam amat di perlukan oleh mereka.

Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan - Adam Corrie

Ini Ujian Paling Besar

Ujian paling besar adalah kita yang Muslim yang suka mendesak mereka berubah 100% dalam sekelip mata.

Sahabat-sahabat tidak berada di tempat mereka, saya sudah lalui nya. Zaman Rasulullah dulu pun. Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi dahulu.
Tapi apabila dah tiba masanya, secara terang-terangan.

Doakan yang baik-baik untuk hati yang sedang dijinakkan. Dakwah bukan cara paksa. Dakwah kita biarlah lembut, santun dan penuh berhikmah.

Senyum selalu, Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.

Sumber/Foto : Instagram Adam Corrie Lee

Via Mingguan Wanita

.

Gila! Teman Lelaki Ibu Gigit Telinga, Hempas Dan Tumbuk Bayi 10 Bulan Kerana Tak Tahan Mendengar Tangisannya..

Seorang bayi perempuan cedera parah dipercayai didera oleh wanita dan teman lelakinya dalam kejadian Khamis lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, teman lelaki berusia 25 tahun itu memaklumkan mangsa yang berusia 10 bulan itu muntah dan terdapat kesan darah pada lampin bayi dipercayai didera, jam 2.45 pagi pada hari kejadian.

“Siasatan mendapati, wanita berusia 20-an itu menghantar anaknya ke rumah pengasuh di Persiaran Pangsa Baiduri Taman Desa Baiduri Cheras, Kajang dan mengambil anaknya semula pada jam 2.30 petang.

“Ketika teman lelaki berada di tempat kerja, dia menerima panggilan telefon dari wanitai tu yang memaklumkan mangsa tiba-tiba muntah dan terdapat kesan darah di lampinnya sebelum mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Ketika menerima rawatan di HKL, doktor yang merawat mangsa memberitahu terdapat kesan lebam di belakang badan dan perut disyaki didera. Bagaimanapun, teman lelaki tidak mengesyaki mangsa didera oleh pengasuh kerana sebelum ini anak sulung wanita berkenaan juga dijaga oleh individu sama dalam keadaan baik,” katanya.

Doktor turut mengesan berlaku pendarahan pada bahagian kemaluan bayi, namun dipercayai bukan akibat dirogol.

Siasatan juga mendapati, mangsa adalah anak bongsu wanita itu daripada empat beradik yang berlainan bapa.

“Wanita itu dan teman lelakinya tinggal bersama dan belum berkahwin. Mangsa dijaga mereka sejak sebulan lalu kerana sebelum ini dia dijaga oleh sepupu teman lelaki sejak berusia lima bulan.

“Mangsa dan dua lagi adik-beradiknya berusia tiga dan lima tahun ditahan di HKL untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

Semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pengambilan dadah dan kedua-duanya direman beberapa hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

TEMAN LELAKI AKHIRNYA MENGAKU

Setelah disoal siasat, teman lelaki ibu mangsa mengaku telah menggigit telinga, menghempas dan menumbuk mangsa sehingga buah pinggangnya rosak.

Suspek mengaku berbuat demikian kerana tidak tahan dengan suara tangisan mangsa.

Siasatan juga mendapati suspek berbohong pada kenyataan awalnya yang memaklumkan mangsa dan dua lagi anak teman wanitanya itu dijaga oleh pengasuh.

Pemeriksaan doktor terhadap mangsa mendapati buah pinggang mangsa tidak dapat berfungsi akibat kecederaan yang dialami. Sementara itu, pemeriksaan terhadap dua adik beradik mangsa juga mendapati terdapat kesan dera lama di tubuh badan mereka.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan ibu mangsa sama ada dia turut terbabit dalam kejadiaan itu,” katanya.

Sumber: The Reporter